Tersingkir tapi Zii Jia tetap pandang positif prestasi di Jakarta
Tersingkir tapi Zii Jia tetap pandang positif prestasi di Jakarta

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menyifatkan banyak perkara positif boleh diambil daripada saingan Masters Indonesia meskipun cabarannya berakhir di pusingan kedua, hari ini.
Pemain ranking ke-103 dunia itu terpaksa akur kepada kekalahan di tangan pemain Thailand yang berada di ranking ke-44 dunia, Panitchaphon Teeraratsakul, 21-15, 17-21, 8-21 dalam perlawanan selama 57 minit yang berlangsung di Istora Senayan.
Masters Indonesia adalah kejohanan ketiga disertai Zii Jia pada awal musim ini sejak kembali membuat kemunculan di Terbuka Malaysia dua minggu lalu, yang menyaksikan dia tersingkir seawal pusingan pertama.
Selepas itu, pemain berusia 28 tahun berkenaan turut gagal melepasi halangan sama di Terbuka India.
Kejayaan itu menjadi kemenangan sulungnya sejak kali terakhir mencatat keputusan positif dengan mara ke suku akhir Masters Orleans pada Mac tahun lalu sekali gus menamatkan kemarau panjang yang membelenggu kariernya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Kemenangan berkenaan cukup bermakna buat pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu yang sebelum ini bergelut dengan kecederaan buku lali dan belakang sepanjang musim lalu sehingga memaksanya berehat panjang serta memohon perlindungan ranking.
Mengulas prestasinya di Jakarta, Zii Jia mengakui saingan kali ini memberi banyak pengajaran berharga buat dirinya.
“Banyak perkara positif yang boleh diambil daripada Masters Indonesia 2026.
“Banyak juga pengajaran dan pengalaman berharga diperoleh selepas tiga kejohanan yang dilalui sebelum ini. Dan jutaan terima kasih atas sokongan yang diberikan,” tulis Team LZJ di laman sosial pasukan itu.
Selepas ini, Zii Jia dijadual beraksi di Masters Thailand dalam misi mendapatkan semula rentak permainan serta memperbaiki kedudukan ranking dunia.
Tersingkir tapi Zii Jia tetap pandang positif prestasi di Jakarta
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.