Sze Fei-Nur Izzuddin dipaksa bermandi peluh, sebelum mara suku akhir Terbuka Indonesia
Sze Fei-Nur Izzuddin dipaksa bermandi peluh, sebelum mara suku akhir Terbuka Indonesia

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani meneruskan dominasi ke atas gandingan Taiwan, Liu Kuang Heng-Yang Po Han apabila mengekalkan rekod tanpa kalah pada pusingan kedua Masters Indonesia, hari ini.
Pasangan ranking kesembilan dunia itu bangkit selepas tewas set pertama sebelum mencatat kemenangan 17-21, 21-14, 21-16 dalam masa 53 minit untuk melangkah ke suku akhir kejohanan berstatus Super 500 itu.
Kemenangan berkenaan adalah yang keempat berturut-turut buat Sze Fei-Nur Izzuddin ke atas pasangan ranking ke-21 dunia itu dalam empat pertemuan sebelum ini.
Pada aksi suku akhir esok, Sze Fei-Nur Izzuddin bakal berdepan cabaran beregu Korea Selatan, Song Hyun Cho-Lee Jong Min.
Hyun Cho-Jong Min mara ke suku akhir selepas menyingkirkan pasangan England yang juga ranking ke-14 dunia, Ben Lane-Sean Vendy 21-16, 21-15 dalam tempoh 33 minit.
Sze Fei-Nur Izzuddin dipaksa bermandi peluh, sebelum mara suku akhir Terbuka Indonesia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.