Suspek akibatkan kematian polis di Ipoh, sudah ditahan
Suspek akibatkan kematian polis di Ipoh, sudah ditahan

IPOH: Pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga mengakibatkan seorang anggota polis maut di Jalan Sultan Azlan Shah di sini semalam, sudah ditahan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek wanita berumur 80 tahun dan merupakan seorang pesara yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu, ditahan di lokasi kejadian pada hari sama.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati keputusan adalah negatif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Koperal Mohd Hafizan Othman, 33, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.
Abang Zainal Abidin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Suspek akibatkan kematian polis di Ipoh, sudah ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.