Siapakah Olahragawan, Olahragawati ASPN 2025?
Siapakah Olahragawan, Olahragawati ASPN 2025?

Kuala Lumpur: Dua anugerah utama bakal menjadi tumpuan pada majlis penuh gemilang Anugerah Sukan Pekak Negara (ASPN 2025) yang dijadual berlangsung di Dewan Casa 4, Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, pada 29 Januari ini
Anugerah Olahragawan dan Olahragawati yang menjadi kemuncak acara menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan atlet yang mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa sepanjang tahun lalu.
Majlis yang dianjurkan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), menyaksikan pemilihan calon bukan sahaja mengambil kira pencapaian di kejohanan besar tetapi juga nilai perjuangan serta konsistensi yang ditampilkan atlet.
Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Pencalonan kali kedua, Rabu lalu, anugerah itu juga ia bakal menjadi platform penting bagi menghargai pencapaian cemerlang atlet, jurulatih serta tokoh dalam komuniti Orang Pekak di negara ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Mesyuarat itu turut disertai wakil daripada Majlis Sukan Negara (MSN), Nurul Fitriatul serta wakil Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Mohd Firdaus Mohd Hashim sekali gus memperkukuh kredibiliti dan ketelusan proses penilaian pencalonan.
“Selain aspek pemilihan penerima anugerah, perancangan rapi melibatkan sesi raptai, pengurusan logistik dan aliran program majlis turut dibincangkan secara terperinci bagi memastikan kelancaran penganjuran.
“Majlis ASPN 2025 bukan sahaja berfungsi sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian individu dan pasukan, malah menjadi wadah memperkukuh semangat sukan inklusif serta memperluas jaringan kerjasama antara organisasi, institusi dan komuniti.
“MSDeaf berharap hasil perbincangan yang berjalan lancar dan produktif ini akan memastikan ASPN 2025 berlangsung dengan penuh bermakna, berprestij dan terus memberi impak positif kepada pembangunan sukan Orang Pekak di seluruh negara,” kata kenyataan yang dikongsikan MSDeaf di laman social persatuan itu.
Siapakah Olahragawan, Olahragawati ASPN 2025?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.