Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi

Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi

Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 22 Jan – Ketua UMNO Bahagian Maran, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berbesar hati menyantuni ahli-ahli Wanita UMNO bagi menghargai semangat dan komitmen dalam memperkukuh gerak kerja akar di kawasan

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ini kerana mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi.

“Alhamdulillah, satu pertemuan yang cukup bermakna bersama para pimpinan dan ahli Wanita dari seluruh Maran. Semangat mereka, komitmen mereka dan kesetiaan mereka terhadap perjuangan adalah nadi kepada gerak kerja akar umbi kita.

“Program ini bukan sekadar perjumpaan, tetapi platform untuk kita mendengar denyut nadi rakyat secara langsung selari dengan aspirasi Pahang 1st, bahawa kebajikan dan kesejahteraan rakyat adalah tanggungjawab utama,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook berkongsi Program Jalinan Wanita Maran: Menjejak Akar Umbi, Rakyat Disantuni yang diadakan pagi tadi.

Mengulas lanjut Shahaniza menambah, Kerajaan Negeri Pahang sentiasa konsisten mengangkat martabat wanita sebagai tunjang pembangunan negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


Menurut beliau wanita kini bukan lagi sekadar penyokong sebaliknya adalah pembuat keputusan, peneraju komuniti dan pemacu perubahan.

“Inilah dasar Pahang yang progresif wanita dihormati, peranan mereka diperkasakan dan suara mereka diberi tempat.

“Wanita Maran telah membuktikan bahawa bila kita bergerak bersama, kita mampu mencipta gelombang kebaikan yang lebih besar untuk masyarakat.

“Bersama-sama kita terus membina Maran yang lebih kuat, lebih bersatu dan lebih sejahtera,” ujar beliau. – UMNO Online

Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker