Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit

“Saya Belajar Benda Baru..”

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit

Perkongsiannya itu turut mendapat teguran oleh pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun menerusi hantaran di Facebook yang menegaskan bahawa hukum melakukan rawatan kelamin yang bertujuan untuk mengetat dan mencerahkan adalah haram.

“Boleh jatuh Haram ya buat rawatan alat kelamin tujuan ketat dan cerah, walaupun alasan untuk suami. Aurat besar dan ubah.

Jangan buka aib diri sendiri bercerita buat rawatan tersebut! Ia beri bayangan aib alat sulit. Bila hilang sifat malu …”-tulis Ustazah Asma di Facebook

Sasha Abdul Aziz Terima Teguran

Dalam pada itu Sasha menerusi hantaran di Threads, mengakui topik tersebut boleh menjadi sensitif dan setiap orang mempunyai perbezaan pendapat dan kepercayaan.

Namun, dia mengakui telah mempelajari benda baharu setelah pendakwah bebas tersebut menjelaskan hukum melakukan rawatan pada alat kelamin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Saya faham bahawa topik ini boleh menjadi sensitif dan setiap orang mempunyai perbezaan pendapat dan kepercayaan. Saya kongsi perjalanan sebagai seorang ibu mengenai kesihatan dan keyakinan wanita selepas bersalin.

Kini melihat Ustazah menyebut bahawa hukumnya haram. Saya mempelajari benda baharu hari ini bahawa rawatan ini dikira haram. Saya akan cuba untuk tidak overshared semua ini dan saya tahu kadangkalan saya terlalu teruja bila ia mengenai kecantikan, semua benda nak share. Niat saya tidak pernah untuk menyinggung semua orang. Saya akan turunkan posting tersebut.”-tulis Sasha di Threads

Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit

Sekadar info, Sasha Abdul Aziz mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Isabella Liu, Rose Liu dan Idris Harris Liu.

“Saya Terharu & Rasa Dihargai”- Gaya Tudung Dipuji, Elly Mazlein Tekad Jadi Muslimah Terbaik
Sasha Aziz Terima Teguran Ustazah Perjelas Hukum Jalani Rawatan Ketatkan Alat Sulit

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker