PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

SANDAKAN, 22 Jan – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah merangkap Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Samasuddin Yusop, menegaskan bahawa penglibatan aktif dan berdisiplin semua peringkat jentera parti menjadi faktor penentu bagi memastikan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag yang akan berlangsung pada Sabtu, 24 Januari ini.

Beliau yang memimpin delegasi UMNO Kalabakan turun padang ke beberapa lokasi kempen termasuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) Paris di DUN Sukau, berkata kehadiran jentera luar bukan bersifat simbolik, sebaliknya untuk memperkukuh gerak kerja di lapangan, memperkemas operasi penerangan serta memastikan setiap pengundi mendapat maklumat tepat berkaitan halatuju dan agenda pembangunan yang dibawa calon BN.

“Dalam PRK, kemenangan tidak datang dengan sendiri. Ia memerlukan disiplin jentera, kerja berpasukan dan sentuhan berterusan kepada pengundi. Setiap ahli dan penyokong parti ada peranan penting untuk memastikan sokongan padu kepada calon BN,” katanya.

Samasuddin turut memaklumkan bahawa setiap interaksi di lapangan sama ada ziarah rumah ke rumah, program komuniti atau sesi penerangan kelompok kecil harus dimanfaatkan untuk mendengar isu rakyat, menjernihkan kekeliruan serta memperkukuh keyakinan pengundi terhadap keupayaan gabungan kerajaan dalam membawa kestabilan dan pembangunan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pengukuhan kerjasama antara parti-parti dalam Gabungan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah juga menjadi mesej penting di peringkat akar umbi.

Samasuddin memaklumkan bahawa beliau turut hadir dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran GRS di PDM Suan Lamba, yang menurutnya memperlihatkan semangat kebersamaan dan kesepaduan gerak kerja di lapangan demi kepentingan rakyat.

“Kehadiran dalam program anjuran rakan gabungan seperti ini adalah isyarat jelas bahawa kita bergerak sebagai satu pasukan. Kerjasama yang baik di peringkat pemimpin dan jentera akan diterjemahkan sebagai keyakinan rakyat terhadap kestabilan kerajaan dan kemampuan menyelesaikan masalah setempat,” ujarnya.

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

Kerjasama BN-GRS-PH-UPKO-STAR dalam kempen PRK Kinabatangan dan Lamag turut menjadi tumpuan ketika ini, dengan beberapa laporan menyatakan kempen digerakkan secara bersama bagi memaksimumkan sokongan akar umbi serta memperkukuh momentum menjelang hari pengundian.

Samasuddin dalam masa yang sama menyeru semua pihak agar memastikan kempen berjalan secara matang, harmoni dan berhemah serta mengelakkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pengundi atau mencetuskan ketegangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’


PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan calon BN Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala PRK DUN Lamag menyaksikan pertandingan satu la

wan satu antara calon BN Mohd Ismail Ayob dan calon Warisan Mazliwati Abdul Malek.

PRK berkenaan diadakan susulan pemergian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember 2025. – UMNO Online

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

 



 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker