Polis siasat insiden pegawai kanan 69 Komando mati ketika latihan menyelam di Semporna – KPN

Polis siasat insiden pegawai kanan 69 Komando mati ketika latihan menyelam di Semporna – KPN

Polis siasat insiden pegawai kanan 69 Komando mati ketika latihan menyelam di Semporna - KPN
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail. – Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin, yang meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata siasatan itu bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk penilaian terhadap prosedur latihan, penggunaan peralatan, serta faktor kesihatan dan keselamatan, selaras dengan peraturan dan tatacara operasi standard yang ditetapkan.

“PDRM mengesahkan bahawa seorang pegawai Unit VAT 69 Komando telah meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam.

“Pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


Mohd Khalid berkata seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga keluarganya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Terdahulu, seorang pegawai kanan Unit VAT 69 Komando PDRM dilaporkan meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah pagi tadi.

– BERNAMA

Polis siasat insiden pegawai kanan 69 Komando mati ketika latihan menyelam di Semporna – KPN

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker