Penghulu mandi lumpur, jalan 6 kilometer rosak belum dibaiki

Penghulu mandi lumpur, jalan 6 kilometer rosak belum dibaiki

Penghulu mandi lumpur, jalan 6 kilometer rosak belum dibaiki
Tangkap layar video menunjukkan Sunarso bermandi mana di sebuah lopak air di Jenar, Sragen kelmarin. – TikTok

JAKARTA – Seorang penghulu di Sragen, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian ramai apabila dirakam mandi lumpur di sebatang jalan yang berlubang, lapor portal berita Viral Sumsel.

Kejadian berlaku di daerah Jenar kelmarin.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @matajateng menunjukkan penghulu dikenali sebagai Sunarso sedang mandi-manda di sebuah lopak air yang dipenuhi lumpur.

Dia bertindak demikian sebagai tanda protes kepada pihak berkuasa agar jalan sepanjang 6 kilometer yang rosak itu dapat segera dibaiki.

“Saya pernah tergelincir dan terjatuh semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Jalan itu kali terakhir diturap kira-kira 24 tahun lalu. Ia bukan sahaja mencetuskan bahaya terhadap pengguna jalan raya, malah menyebabkan kerosakan kepada kenderaan termasuk motosikal,” kata Sunarso.

Penghulu mandi lumpur, jalan 6 kilometer rosak belum dibaiki

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker