Pelabur skim pelaburan ‘Tan Sri’ patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku

Pelabur skim pelaburan ‘Tan Sri’ patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku

Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri (kiri) disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu

KUALA LUMPUR: Skim pelaburan dijalankan seorang individu bergelar Tan Sri yang juga terkenal sebagai pakar pelaburan didakwa menjanjikan pulangan lumayan dan boleh ‘dinikmati’ sejak beberapa tahun lalu lagi.

BH difahamkan, pelaburan itu sepatutnya memperoleh pulangan sejak dua tahun lalu, tetapi ia tidak berlaku sehingga kini.

Sumber berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana yang dilabur itu diseleweng tanpa pengetahuan pelabur.

“Ia sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024, namun perkara itu tidak berlaku,” kata sumber di sini hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam satu program di Kelantan hari ini mengesahkan pihaknya menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


Katanya, suspek lelaki berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam itu ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.

Tambahnya, SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin untuk membantu siasatan kes sama.

“Kita mendapat maklumat Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berusia 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit dalam penipuan pelabur berskala besar.

“Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, dalam proses reman yang berlangsung pagi tadi, individu bergelar Tan Sri itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Azam juga mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Pelabur skim pelaburan ‘Tan Sri’ patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker