Napoli mahu bangkit berdepan Juventus- McTominay

Napoli mahu bangkit berdepan Juventus- McTominay

Napoli mahu bangkit berdepan Juventus- McTominay
SCOTT McTominay. FOTO Agensi

Milan: Napoli berada dalam keadaan tertekan menjelang pertembungan sengit menentang seteru tradisi, Juventus, Ahad ini selepas satu lagi kekecewaan di pentas Eropah meletakkan juara Serie A itu di ambang tersingkir daripada Liga Juara-Juara.

Ketinggalan enam mata di belakang pendahulu liga, Inter Milan sebelum bertandang ke Turin, Napoli perlu segera bangkit susulan keputusan seri hambar 1-1 menentang FC Copenhagen yang beraksi dengan 10 pemain.

Gol Scott McTominay, yang hadir tidak lama selepas Thomas Delaney dilayangkan kad merah untuk Copenhagen pada penghujung babak pertama, tampak meletakkan Napoli di landasan tepat untuk meraih kemenangan penting demi menghidupkan peluang ke pusingan play-off.

Namun, Napoli gagal mempertahankan kelebihan itu apabila dibolosi lawan, sekali gus menyaksikan mereka tergelincir ke zon penyingkiran dengan hanya satu perlawanan berbaki, satu keputusan yang memalukan bukan sahaja buat Napoli, malah mencalarkan reputasi bola sepak Itali di pentas Eropah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Kami sepatutnya memenangi perlawanan itu, ia tidak boleh diterima,” kata McTominay kepada Sky.

Kini, Chelsea menjadi penghalang utama Napoli untuk merebut tiket play-off Liga Juara-Juara, dalam satu lagi perlawanan yang dijangka sarat emosi selepas aksi menentang Juventus, yang kini menunjukkan peningkatan ketara di bawah kendalian Luciano Spalletti.

“Kami perlu melihat kesilapan dan cuba memperbaikinya. Chelsea adalah pasukan yang sangat baik,” kata McTominay.

“Kami perlu memberikan segala-galanya untuk memperbaiki prestasi dalam Liga Juara-Juara. Kami perlu berada pada tahap terbaik.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


Napoli berpotensi memulakan perlawanan Ahad ini dengan jurang sembilan mata di belakang Inter, yang dijangka bangkit daripada kekalahan 3-1 kepada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal, apabila berdepan tugasan lebih mudah menentang Pisa.

Pasukan kendalian Antonio Conte bakal berdepan cabaran getir menentang Juventus yang kini menghuni tangga kelima liga, namun semakin menyerlah kebelakangan ini dan mula menampakkan identiti sebenar pasukan kendalian Spalletti.

Berbeza dengan Napoli, Juventus berjaya mengesahkan tempat ke play-off Liga Juara-Juara selepas menewaskan Benfica.

Napoli mahu bangkit berdepan Juventus- McTominay

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker