Kes saman fitnah: Caprice jelaskan kos mahkamah RM8,320

Kes saman fitnah: Caprice jelaskan kos mahkamah RM8,320

Kes saman fitnah: Caprice jelaskan kos mahkamah RM8,320
Caprice. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Pempengaruh media sosial, Caprice hari ini menjelaskan kos berjumlah RM8,000 serta bayaran tambahan RM320 kepada seorang ahli perniagaan dalam kes saman fitnah.

Pembayaran itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan writ penyitaan dan penjualan berikutan kegagalannya untuk mematuhi perintah mahkamah.

Peguam Muniandy Vestanathan yang mewakili ketua pegawai eksekutif syarikat perkapalan Datuk Seri R Jeyendran, mengesahkan bahawa Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, sudah memasukkan jumlah penuh itu ke dalam akaun firma guamannya.

“Kami menerima jumlah keseluruhan RM8,320 daripada Caprice. Perintah Mahkamah bukan cadangan. Ia adalah perintah yang mengikat bagi memastikan keadilan, ketertiban dan pengurusan sistem perundangan yang betul. Tanggungjawab pihak terbabit ialah mematuhi Perintah Mahkamah,” katanya.

Pembayaran itu dibuat sehari selepas dua bailif mahkamah cuba melaksanakan writ berkenaan di kediaman Caprice di Mont Kiara.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


Sebelum itu, pelaksanaannya tidak dapat dilakukan kerana tiada pihak yang membuka pintu selepas loceng dibunyikan beberapa kali, selain pengurusan pangsapuri memaklumkan defendan sudah berpindah selepas tempoh penyewaannya tamat pada tahun lalu.

Writ penyitaan dan penjualan bertarikh 3 Disember 2025 dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Qasiratul Jannah Usmani Othman terhadap Caprice, susulan perintah yang diperoleh Jeyenderan.

Pada 15 Oktober tahun lalu, Hakim Mahkamah tinggi Roslan Mat Nor membenarkan permohonan Jeyenderan untuk mendapatkan injunksi inter-parte dalam saman fitnah terhadap Caprice dan memerintahkan pempengaruh itu membayar RM8,000 sebagai kos dalam tempoh dua minggu.

Bagaimanapun, Caprice gagal menjelaskan bayaran terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


Jeyenderan memfailkan saman itu pada 21 Julai tahun lalu, mendakwa defendan memuat naik beberapa hantaran Instagram pada 10 Julai tahun sama termasuk gambar serta video yang didakwa mengaitkan dirinya dengan beberapa aktiviti jenayah, gangsterisme serta ugutan bersenjata tanpa sebarang bukti sahih.

Sehubungan itu, beliau menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta bagi kerosakan reputasi, ganti rugi khas, am dan teladan, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Kes saman fitnah: Caprice jelaskan kos mahkamah RM8,320

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker