Anggota polis cedera kemalangan ketika bertugas di Lebuh Raya KL-Karak
Anggota polis cedera kemalangan ketika bertugas di Lebuh Raya KL-Karak

BENTONG: Seorang anggota polis cedera ringan selepas terbabit dalam kemalangan ketika menjalankan penugasan di Kilometer 71.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak arah Timur, hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata Lans Koperal Zulakmal Isa daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Maran dipercayai terbabas akibat tumpahan minyak di permukaan jalan.
Beliau berkata ketika kejadian, anggota berkenaan dalam perjalanan melaksanakan tugasan di lokasi terakhir lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak.
“Keadaan anggota terbabit dilaporkan stabil dan beliau telah dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Yahaya berkata hasil pemeriksaan serta ujian X-ray yang dijalankan mendapati tiada kecederaan serius dialami mangsa, namun terdapat beberapa luka di bahagian tangan, pinggul dan lutut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Dalam pada itu, hantaran di Facebook Polis Pahang memaklumkan Yahaya telah mengambil tindakan segera membantu anggota yang terlibat dalam kemalangan itu.
“Ketua Polis Pahang turut mengiringi anggota terlibat hingga ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” menurut hantaran itu.
Sementara itu, Yahaya berkata pihaknya telah melawat anggota berkenaan di hospital sejurus selepas kejadian bagi memastikan kebajikan dan keadaan kesihatannya terpelihara.
– BERNAMA
Anggota polis cedera kemalangan ketika bertugas di Lebuh Raya KL-Karak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.