AKPS rampas daging babi beku bernilai lebih RM1.15 juta di Pelabuhan Klang
AKPS rampas daging babi beku bernilai lebih RM1.15 juta di Pelabuhan Klang

PELABUHAN KLANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mematahkan cubaan membawa masuk dagangan daging babi beku tanpa permit dan kepatuhan sah, dianggarkan bernilai lebih RM1.15 juta.
Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kejayaan itu dilakukan menerusi dua pemeriksaan berasingan ke atas tiga kontena di Gudang CFS 4, Pelabuhan Klang Barat, kelmarin dan 14 Januari lalu.
Katanya, operasi penguatkuasaan ini membabitkan dagangan yang diimport dari negara Sepanyol dan Belgium dengan jumlah berat keseluruhan mencecah 76,973 kilogram (kg).
“Dalam pemeriksaan 20 Januari kira-kira jam 10.30 pagi, AKPS memeriksa dua kontena yang membawa dagangan daging babi beku dari Sepanyol. Siasatan mendapati dagangan itu dibawa masuk tanpa memiliki permit import MAQIS sah.
“Nilai rampasan bagi kes ini dianggarkan berjumlah RM660,137 dengan berat 49,972 kg,” katanya pada sidang media di Pelabuhan Barat, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Mohd Shuhaily berkata dalam pemeriksa terdahulu, 14 Januari lalu, jam 11.3o pagi, pihaknya menahan sebuah kontena yang membawa dagangan sama dari Belgium.
Katanya, walaupun dagangan berkenaan mempunyai permit, siasatan mendapati ia gagal mematuhi syarat permit import MAQIS, sekali gus melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) akta yang sama.
“Bagi kes kedua ini, anggaran nilai rampasan adalah sebanyak RM495,740 dengan berat dagangan 27,000 kg. Semua dagangan terbabit disita bagi tujuan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,”katanya.
Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata pihaknya sedang giat mengesan sumber bekalan anak babi atau ‘suckling pig’ yang sering menjadi hidangan tumpuan setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina.
Katanya, siasatan itu dilakukan memandangkan Malaysia tidak mengeluarkan produk ternakan berkenaan selain tiada sebarang kelulusan import diberikan bagi membawa masuk dagangan itu setakat ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
“Saya dimaklumkan pembekal-pembekal daging khinzir bahawa ‘suckling pig’ atau ‘baby pig’ ini, negara tidak hasilkan dan negara tiada kelulusan untuk mengimportnya.
“Tetapi, ianya adalah satu kehadiran agak biasa apabila Tahun Baharu Cina diraikan. Jadi dari negara mana sumbernya, kita akan cuba rungkaikan,” katanya.
AKPS rampas daging babi beku bernilai lebih RM1.15 juta di Pelabuhan Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.