8 juta murid di Sudan tercicir pelajaran
8 juta murid di Sudan tercicir pelajaran

KHARTOUM – Konflik ketenteraan hampir tiga tahun di Sudan menyebabkan lebih lapan juta kanak-kanak tercicir daripada pelajaran, demikian menurut pertubuhan amal kanak-kanak antarabangsa, Save The Children.
“Lebih lapan juta kanak-kanak iaitu hampir separuh daripada 17 juta pelajar yang layak bersekolah, telah menghabiskan kira-kira 484 hari tanpa hadir ke bilik darjah,” kata Save The Children dalam satu kenyataan.
“Ini adalah salah satu penutupan sekolah terpanjang di dunia.
“Banyak sekolah ditutup, manakala beberapa lagi rosak akibat konflik atau digunakan sebagai pusat perlindungan untuk menempatkan lebih tujuh juta orang yang kehilangan tempat tinggal di seluruh negara,” tambah NGO yang berpangkalan di Britain itu.
Negeri paling teruk terjejas adalah Darfur Utara, barat Sudan dengan hanya tiga peratus daripada lebih 1,100 buah sekolah dilaporkan masih beroperasi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Pada Oktober tahun lepas, RSF menawan bandar El-Fasher yang merupakan ibu kota Darfur Utara dan ibu kota terakhir daripada lima yang berada di luar kawalan mereka.
Sekolah-sekolah di Darfur Barat, Kordofan Barat dan Darfur Selatan, masing-masing beroperasi pada kadar 27 peratus, 15 peratus dan 13 peratus, demikian menurut laporan sama.
NGO itu menambah bahawa kebanyakan guru di Sudan meninggalkan pekerjaan mereka kerana tidak dibayar gaji.
“Kita berisiko merosakkan seluruh generasi masa depan akibat konflik,” kata Ketua Eksekutif Save The Children, Inger Ashing. – AFP
8 juta murid di Sudan tercicir pelajaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.