6 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jitra
6 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jitra

JITRA: Enam rumah kedai di Kampung Simpang 4 Kerpan, Ayer Hitam, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.
Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian itu jam 3.29 petang.
Katanya, sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelama (BBP) Jitra tiba di lokasi tidak lama kemudian sebelum memadam kebakaran itu dengan bantuan 40 anggota dari sembilan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).
“Komander Operasi melaporkan, setibanya di lokasi kebakaran membabitkan enam rumah kedai berlainan kelas dan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah s80 peratus, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Aminuddin berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan api terkawal jam 5.04 petang.
Katanya, setakat ini punca dan kerugian masih dalam siasatan.
6 rumah kedai musnah dalam kebakaran di Jitra
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahaniza Hargai Semangat Wanita UMNO Laksana Gerak Kerja Akar Umbi
- KPI Capai 96 Peratus, Rais Tegaskan 2026 Tahun Pelaksanaan, Bukan Lagi Perancangan
- RMK13 Fokus Rapatkan Jurang Pembangunan Wilayah – Mohd Shahar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat
You must be logged in to post a comment.