3 kampung Indonesia memasuki wilayah Malaysia

3 kampung Indonesia memasuki wilayah Malaysia

3 kampung Indonesia memasuki wilayah Malaysia
Makhruzi menghadiri mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Jakarta Pusat semalam. – Detik

JAKARTA – Tiga perkampungan Indonesia di kabupaten Nunukan, wilayah Kalimantan Utara kini berada dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor laman berita Detik.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Badan Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komisioner Jeneral Polis Makhruzi Rahman dalam mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Jakarta Pusat semalam.

Beliau berkata, tiga ‘Outstanding Boundary Problem’ (OBP) atau isu sempadan telah dipersetujui secara rasmi melalui pemeteraian memorandum persefahaman pada Mesyuarat Bersama Indonesia-Malaysia ke-45 yang berlangsung di Pulau Sebatik pada 18 Februari 2025.

“Perjanjian itu melibatkan titik sempadan B-2700, B-3000 serta kawasan Simantipal. Ini menjadikan kira-kira 127 hektar tanah di Pulau Sebatik kekal berada dalam wilayah Indonesia,” kata Makhruzi.

Beliau juga mengesahkan bahawa tiga kampung di kawasan bekas OBP Sinapat dan daerah Lumbis Hulu di kabupaten Nunukan, sebahagian wilayahnya kini berada di bawah pentadbiran Malaysia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Tiga kampung tersebut adalah Kampung Kabungalor, Kampung Lipaga dan Kampung Tetagas.

“Kira-kira 5,207 hektar tanah milik kita yang sebelum ini berada dalam Malaysia pula akan dibangunkan menjadi Zon Perdagangan Bebas,” tambahnya. – AGENSI

 

3 kampung Indonesia memasuki wilayah Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker