295 pekerja diperiksa dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja di Shah Alam malam tadi

295 pekerja diperiksa dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja di Shah Alam malam tadi

295 pekerja diperiksa dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja di Shah Alam malam tadi
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor menjalankan serbuan di premis syarikat kurier di Seksyen 21, Shah Alam, malam tadi. – Foto NSTP/Suharmin Yusu

SHAH ALAM: Kegagalan mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 serta bayaran gaji secara tunai harian antara kesalahan utama dikesan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor di sebuah premis syarikat perkhidmatan kurier di sini, malam tadi.

Operasi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) itu diselaraskan Pasukan Khas Penguatkuasaan (PKP) JTK Selangor dengan kekuatan 35 pegawai penguat kuasa, melibatkan majikan dalam sektor perkhidmatan kurier.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JTKSM, Betty Hasan, berkata operasi turun padang itu mencerminkan komitmen berterusan jabatan dalam memastikan pematuhan penuh terhadap undang-undang perburuhan negara.

“Hasil operasi pada malam ini, seramai 120 orang pekerja tempatan dan 175 pekerja asing dengan latar belakang berbeza telah diperiksa. Semua pekerja asing ini terdiri dari pelbagai negara sumber seperti Indonesia, India, Pakistan dan Bangladesh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad


“Antara kesalahan yang dikesan dibawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM adalah kegagalan majikan untuk mematuhi Perintah Gaji Minimum 2024 dan kesalahan dibawah Akta Kerja 1955 [Akta 265] iaitu seksyen 25A bayaran gaji secara tunai harian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Betty berkata turut dikesan kesalahan membabitkan Seksyen 60A iaitu tidak membayar gaji lebih masa.

“JTKSM akan terus mempergiatkan pelaksanaan operasi dan penguatkuasaan selaras perundangan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan.

“Penguatkuasaan ini amat penting sebagai langkah proaktif jabatan dalam membanteras ketidakpatuhan terhadap mana-mana akta perburuhan,” katanya.

Dalam pada itu, Bettyberkata, penguatkuasaan ini perlu dilakukan secara konsisten demi memastikan kebajikan pekerja tempatan mahupun asing dipelihara dan keharmonian perburuhan negara terus diperkasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


“Selain itu, operasi penguatkuasaan ini juga menjadi platform untuk memberi penerangan, nasihat serta bimbingan kepada pihak majikan mengenai kepentingan pematuhan undang-undang perburuhan.

“Ia selaras dengan usaha kerajaan dalam mewujudkan persekitaran pekerjaan yang adil, selamat dan sejahtera untuk semua pihak,” katanya.

295 pekerja diperiksa dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Tenaga Kerja di Shah Alam malam tadi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRK: Samasuddin Tekankan Jentera Aktif, Kerjasama BN–GRS Perkukuh Keyakinan Rakyat

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker