Wang simpanan pelajar IPT RM60,000 lesap ditipu
Wang simpanan pelajar IPT RM60,000 lesap ditipu

KUALA TERENGGANU: Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berputih mata apabila wang simpanan hampir RM60,000 lesap ditipu sindiket panggilan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa berusia 24 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, pada 10.08 malam tadi.
Beliau berkata, dalam kejadian pada 27 November lalu, mangsa dihubungi oleh sindiket yang mengaku kononnya daripada pihak Cybersecurity.
Katanya, sindiket memaklumkan kononnya mangsa terbabit dalam penyebaran pautan palsu dan meminta mangsa membuat laporan polis sebagai penafian perbuatan berkenaan.
Beliau berkata, sindiket yang menyamar sebagai polis juga maklumkan kononnya mangsa terbabit dengan jenayah pengubahan wang haram dan meminta mangsa memberi kerjasama dalam siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
“Bagi tujuan siasatan mangsa diminta untuk mengosongkan akaun bank miliknya dan memasukkan wang ke akaun sementara yang diberi oleh pihak sindiket.
“Mangsa kemudian memindahkan wangnya ke dua akaun berbeza berjumlah RM59,400 antara 2 hingga 9 Disember lalu,” katanya.
Beliau berkata, mangsa juga diminta untuk untuk melaporkan diri kepada pihak berkenaan setiap hari.
“Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas tidak dapat berhubung dengan sindiket berkenaan di samping wangnya juga lesap akibat kejadian itu,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, manakala sumber kewangan adalah wang simpanan hasil tabungan daripada ibu bapa mangsa.
Wang simpanan pelajar IPT RM60,000 lesap ditipu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
You must be logged in to post a comment.