TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika
Selesai Jalani Pembedahan, “Rehat Dulu Jangan Buat Show”
TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam.
Berkongsi di platform Instagram, hantaran Noh itu telah mendapat perhatian ramai orang termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang turut mendoakan dan menasihati agar penyanyi itu berehat seketika daripada bernyanyi.
“Syafakallah Noh. Rehat dulu jangan buat show,”
Selain daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, yang lebih mesra disapa sebagai TokTi, MURAI turut mendapati beberapa rakan selebriti turut mendoakan kesembuhan Noh.
“Aduh bang. Speedy recovery”, tulis Aina Abdul.
“Semoga Allah lancarkan, semoga Allah sembuhkan Noh aamin”, tulis Akim Ahmad.
“Get well soon Noh”, tulis Rozita Che Wan.

Untuk makluman semua, Noh Salleh menjalani pembedahan penting selepas mengalami masalah kesihatan yang serius pada tulang belakang di bahagian leher. Masalah kesihatan yang dialaminya telah menyebabkan saraf terhimpit, tangan menjadi kebas dan sakit belakang kronik sehingga mengganggu pergerakan harian Noh.
“Masalah tulang belakang bahagian tengkuk C6 & C7 yang menyebabkan nerve impingement, tangan kebas dan sakit belakang kronik sampai ganggu nak angkat baby Tara.”

Noh pada masa yang sama mengakui bahawa pembedahan itu mempunyai risiko yang sangat tinggi kerana ia melibatkan kawasan di belakang pita suaranya.
“Yang buat tak best adalah lokasi surgery betul-betul di belakang vocal cords aku risiko besar pada organ yang jadi punca rezeki aku.
Tapi Allah jaga.”

“Proses pembedahan berjalan lancar dan dikendalikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohd Hisam Muhamad Ariffin. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mendoakan, family, friends.”
Kongsi vokalis Hujan itu, dia tiada niat untuk berkongsi mengenai pembedahan tersebut, tetapi terpaksa berbuat demikian selepas gitaris Hujan, AG Coco memuat naik gambarnya di hospital.
TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
You must be logged in to post a comment.