Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

KUALA LUMPUR, 21 Jan – Idea Rumah Bangsa yang dicetuskan ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 lalu adalah amat bersesuaian kerana parti ini telah terbukti berjaya menjaga dan memayungi orang Melayu serta agama Islam selama enam dekad.
Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, strategi UMNO untuk menghadapi beberapa siri pilihan raya akan datang telah diterjemahkan melalui Ucapan Dasar dan Penggulungan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada PAU lalu.
UMNO, ia jelas menggambarkan strategi parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 dengan bertanding secara solo. Strategi ini menekankan usaha memperkukuh parti bagi menghadapi pilihan raya tersebut secara bersendirian.
“Ini tidak bermakna UMNO menafikan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini. Presiden sendiri menyatakan bahawa walaupun UMNO bergerak secara solo, konsep yang diperkenalkan melalui Ucapan Dasar iaitu Rumah Bangsa UMNO berperanan sebagai payung dalam menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
“Konsep Rumah Bangsa ini sebenarnya telah terbukti berkesan sepanjang enam dekad menerusi UMNO dan Barisan Nasional (BN), sejak era kemerdekaan sehingga pembentukan Malaysia. Sehingga hari ini, UMNO terus diangkat sebagai payung besar yang mampu menampung serta mempertahankan kepentingan orang Melayu dan agama Islam,” katanya kepada UMNO Online.
Menurutnya, hasil daripada pengenalan konsep Rumah Bangsa itu turut melahirkan Musyawarah Nasional bagi memperkukuhkan lagi agenda kepentingan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.
“Dalam tempoh satu atau dua tahun kebelakangan ini, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah cuba menggerakkan agenda payung Melayu namun tidak berhasil. PAS pula berusaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN), tetapi ia juga gagal apabila UMNO tidak menyertainya.
“Oleh itu, UMNO mengambil peranan untuk memegang naratif tersebut melalui pengenalan konsep Rumah Bangsa. Dalam Ucapan Penggulungan Presiden, Musyawarah Nasional diperkenalkan dan diketuai oleh Tan Sri Abdul Ghani Othman dengan strategi Kolaborasi Agung. Perbincangan telah pun bermula mengenai kaedah terbaik untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
“Dalam keadaan politik semasa yang agak tertekan, orang Melayu dilihat berpecah kerana terlalu banyak parti yang mendakwa memperjuangkan kepentingan Melayu, namun hasilnya tidak begitu berkesan. Justeru, UMNO memperkenalkan Rumah Bangsa dan menjemput penyertaan melalui Kolaborasi Agung bersama parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta institusi-institusi lain yang memperjuangkan kepentingan Melayu, Bumiputera dan agama Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berpandangan bahawa Musyawarah Nasional dan Kolaborasi Agung tersebut akan diuji dalam beberapa siri pilihan raya sebelum PRU ke-16.
“Strategi yang disampaikan Presiden ini akan diuji seawal Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, diikuti Johor dan seterusnya. Pengajaran daripada kedua-dua PRN ini boleh dimanfaatkan sebagai persediaan menghadapi PRU ke-16.
“Oleh itu, konsep Rumah Bangsa dilihat amat sesuai kerana UMNO telah membuktikan keupayaannya memayungi orang Melayu dan agama Islam selama enam dekad sebelum ini,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.