PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN

PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN

PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN

KINABATANGAN, 21 Jan – Menjelang hari pembuangan undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat, menekankan bahawa pelbagai aspek penting perlu diperhalusi dan diberi perhatian serius bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan strategik bersama kepimpinan sayap parti dan Jentera BN PDM Batu Puteh, termasuk perancangan kempen Program Ziarah Kasih yang dijadualkan dalam kempen di sini.

“Setiap gerak kerja menjelang hari pembuangan undi mesti disusun dengan teliti. Fokus kita adalah memastikan semua jentera benar-benar bersedia dan bergerak seiring demi kemenangan BN,” katanya.

Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Beaufort, Juriffah Safflie; Ketua Puteri, Munira Sarrie; Setiausaha Wanita, Norzianah Matnoor; serta ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian, Nasrul Mohd Yunus yang menunjukkan kesepaduan dalam memperkukuh gerak kerja kempen di peringkat akar umbi.

Turut hadir dalam perbincangan adalah Ketua PDM Batu Puteh, Suhailah Shahirin, bersama barisan jawatankuasa beliau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’


Ujar Awang Aslee, pertemuan itu menumpukan kepada penyelarasan strategi kempen, pengukuhan jentera akar umbi, serta memastikan mesej parti disampaikan secara berkesan kepada pengundi.

“Alhamdulillah, tahap kesiapsiagaan jentera kita berada pada tahap terbaik. Dengan dedikasi dan kerjasama semua pihak, saya yakin BN mampu meraih kemenangan di PRK ini,” tambahnya.

Beliau turut menyeru seluruh jentera dan penyokong supaya terus bekerja dengan tekun, disiplin, dan penuh semangat demi memastikan calon BN mengekalkan mandat di Parlimen Kinabatangan.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili BN, Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid sebagai calon bebas, manakala PRK DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu berlangsung antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Dis tahun lepas.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua PRK berkenaan pada Sabtu ini.

Parlimen Kinabatangan mempunyai sebanyak 48,722 pengundi berdaftar manakala DUN Lamag mempunyai 13,899 pengundi. – UMNO Online

PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker