Polis terima 3 laporan kes kanak-kanak didakwa dikurung di taska

Polis terima 3 laporan kes kanak-kanak didakwa dikurung di taska

Polis terima 3 laporan kes kanak-kanak didakwa dikurung di taska

SHAH ALAM: Polis sudah menerima tiga laporan berhubung dakwaan kes kanak-kanak dikurung di sebuah taska, di sini, seperti tular sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, semua laporan polis diterima sejak petang semalam hingga awal pagi tadi.

“Polis sudah menerima laporan berkaitan anak dikurung seperti yang tular di media sosial.

“Siasatan mendapati, kanak-kanak lelaki yang dikurung itu berumur 11 tahun dan dipercayai dihantar ke pusat asuhan berkenaan sejak berumur lima tahun.

Ramsay turut memaklumkan mengenai serahan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan kes terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


“Ada yang serah CCTV dan rampasan akan dibuat. Kes masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak (AKK) 2001,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial menunjukkan keadaan taska dan perbuatan penjaga terhadap anak asuhan.

Polis terima 3 laporan kes kanak-kanak didakwa dikurung di taska

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker