Polis siasat lelaki menyamar Skuad 42, ugut wanita
Polis siasat lelaki menyamar Skuad 42, ugut wanita

MELAKA: Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka sedang menyiasat dakwaan tular seorang lelaki menyamar sebagai anggota Skuad 42 PDRM dan mengugut wanita di Batu Berendam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kes berkenaan diambil alih Bahagian D11.
“Sebarang kenyataan lanjut akan dikeluarkan sebaik laporan penuh D11 diterima,” katanya.
Baru-baru ini, tular satu mesej disertakan dengan gambar serta pautan akaun TikTok yang mendakwa seorang lelaki menahan wanita sebelum meminta wang kononnya bagi mengelakkan tindakan saman.
Menurut mesej berkenaan, individu terbabit menyamar sebagai anggota unit khas PDRM bagi menjalankan penguatkuasaan trafik dan meminta wang daripada mangsa bagi mengelak disaman.
Mesej itu mendakwa sekiranya enggan menyerahkan wang, individu itu mengugut supaya mangsa memuaskan nafsu seksualnya selama lima minit.
Kandungan tular itu turut meminta golongan wanita berhati-hati dan menjaga keselamatan.
Polis siasat lelaki menyamar Skuad 42, ugut wanita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
You must be logged in to post a comment.