Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga [VIDEO]

Tiada Syarat Penampilan

Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga [VIDEO]

Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga [VIDEO]

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen mendedahkan dia tidak meletakkan sebarang syarat mengenai penampilan pilihan hatinya.

Walaupun tidak menekan soal bertudung atau tidak, Meerqeen mengakui dia mencari pasangan yang mempunyai personaliti dan nilai hormat kepada keluarga, terutamanya ibu bapa.

“Paling utama adalah perempuan itu pandai menghormati keluarga saya, sebab saya juga akan menghormati keluarga dia. Kalau dia bertudung atau tidak pun, saya okay sahaja. Asalkan mempunyai adab yang baik, sihat dan fit.”

Selain daripada itu, pelakon kacak ini juga memaklumkan dia menyukai wanita yang tinggi dan berpewatakan kelakar.

“Saya suka perempuan yang tinggi dan berwajah cantik. Saya juga minat dengan perempuan ‘free hair’.”

@meernaloverss

Yang mana cukup ciri2 tu boleh lah ya isi borang 😂 Hakakmu yg first tu dah x cukup awal2 kena tendang 😌 Redha jelah #Meerqeen #fyp #MynAndCat

♬ original sound – MeerNaLoverss – MeerNaLoverss

Untuk rekod, sebelum ini Meerqeen pernah mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Selain daripada mempunyai adab yang tinggi, Meerqeen turut menyukai wanita yang memiliki penampilan semula jadi tanpa solekan berat.

“Saya suka perempuan tinggi, fox eyes, tak pakai make up sangat. Bergantung kepada masa itu. Kalau ada acara awak boleh pakai make up tapi saya lebih suka barefaced.”

 

Manakala dari segi perkembangan kerjaya seninya pula, Meerqeen berkongsi dia bakal terlibat dalam sebuah filem baharu dan dijangka memegang watak antagonis buat pertama kalinya.

“Untuk permulaan 2026, saya sedang sibuk dengan sebuah filem. Sebab itu saya banyak buat workout. Walaupun bukan watak tunjang, tetapi sebagai watak sokongan, saya akan banyak terlibat dalam babak berlawan. Apa yang boleh saya kongsikan, saya akan memegang watak jahat. Ini adalah watak jahat pertama saya.”

Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga [VIDEO]

 

Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad



 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker