Lembu garu belakang guna berus
Lembu garu belakang guna berus

VIENNA – Sekumpulan penyelidik Austria memperincikan kes luar biasa lembu pertama menggunakan peralatan berupa kayu dan berus untuk menggaru badannya, lapor agensi berita United Press International semalam.
Saintis Universiti Perubatan Veterinar di Vienna berkata, lembu baka Switzerland milik seorang penduduk, Witgar Wiegele itu ‘memegang’ kayu di dalam mulutnya untuk menggaru badan selama bertahun-tahun.
Haiwan dinamakan Veronika itu dilaporkan mula mengutip kepingan kayu kira-kira sedekad lalu, sebelum beralih menggunakan berus panjang.
Lembu tersebut malah ‘pandai’ menggunakan hujung berus bagi menggaru di tempat di mana kulitnya paling tebal, dan hujung pemegang untuk menggaru bahagian yang lebih sensitif.
Ahli biologi kognitif Universiti Perubatan Veterinar, Alice Auersperg berkata, tingkah laku Veronika boleh membawa kepada penilaian semula sepenuhnya kecerdasan haiwan ternakan khususnya lembu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
“Apabila saya melihat rakaman ini, ia bukan satu kebetulan. Ini merupakan contoh penggunaan alat oleh spesies yang jarang dipertimbangkan daripada perspektif kognitif (tidak bijak),” katanya dalam jurnal Current Biology. – AGENSI
Lembu garu belakang guna berus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Melaka Teroka Kerjasama Strategik Bersama Portugis Untuk Memperkasa Negeri
- PRK: Awang Aslee Tekankan Kesiapsiagaan Menjelang Hari Mengundi Demi Kemenangan BN
- UMNO Buka Pintu Penyatuan Nasional, Komited Kestabilan Politik Negara – Mohd Rafi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad
You must be logged in to post a comment.