Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku pada laman web tempahan pada restoran yang baru dibuka, Rembayung.

Netizen Persoal Masalah Teknikal Laman Web Tempahan Rembayung?

Menerusi hantaran di Threads, netizen terlibat turut mempersoalkan platform ‘UMAI’ yang tidak memperuntukkan sumber daripada kumpulan Cloudflare lain milik mereka untuk tempahan restoran di Rembayung.

“Hai Khairul Aming, sila hire CTO. Sekarang tempahan ke restoran awak ‘down’.

Kenapa mereka tak nak peruntukkan sumber daripada kumpulan Cloudflare lain milik mereka sendiri untuk tempahan sisterm tempahan restoran?

Boleh tak tunjuk apa mereka buat, sekurang-kurangnya pakar-pakar IT lain boleh la tengok.”-soal seorang netizen di Threads


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


“Saya Buka Kedai Makan Je Bang…- Khairul Aming”

Tidak berdiam diri, Khairul kemudian memberikan respon terhadap netizen tersebut dengan menjelaskan bahawa restorannya itu hanya mampu menampung seramai 200 pelanggan maksimum pada satu masa, selain memohon untuk memberikannya masa yang baru sahaja membuka restoran Rembayung selama dua minggu.

“Saya buka kedai makan je bang, saya mohon  jangan letak expectation macam saya organize konsert kat Bukit Jalil. Dalam kedai kita boleh handle 200 pax je max dalam satu masa.

Kita guna option Umai sebab itu the best option yang ada untuk manage restoran di Malaysia. Tapi bila best option pun tak boleh tampung, kami tak boleh nak resolve isu ini sekelip mata.

Kedai baru buka 2 minggu bang, tolonglah bagi saya sedikit ruang.”

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

Sekadar info, Khairul Aming sebelum ini mengumumkan bahawa dia membuka restoran pertamanya yang menyajikan masakan Melayu di tengah bandaraya Kuala Lumpur, Rembayung pada Januari 2026.

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker