Jentolak Israel roboh ibu pejabat agensi PBB

Jentolak Israel roboh ibu pejabat agensi PBB

Jentolak Israel roboh ibu pejabat agensi PBB
JENTERA berat Israel merobohkan ibu pejabat UNRWA di Baitulmuqaddis Timur semalam. – AFP

BAITULMUQADDIS – Jentolak-jentolak  Israel merobohkan ibu pejabat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Baitulmuqaddis Timur semalam,  dalam apa yang disifatkan organisasi tersebut sebagai ‘serangan yang belum pernah berlaku  sebelum ini’.

Jurucakap UNRWA, Jonathan Fowler berkata, tentera Israel menyerbu kompleks milik PBB itu sejurus selepas pukul 7 pagi(waktu tempatan) dan mengusir pengawal-pengawal keselamatan sebelum sejumlah jentolak tiba dan mula merobohkan bangunan.

“Ini serangan yang belum pernah terjadi  terhadap UNRWA dan premisnya. Ia juga merupakan pelanggaran serius undang-undang antarabangsa dan keistimewaan serta kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).

“Apa yang berlaku hari ini(semalam) kepada UNRWA boleh berlaku esok hari kepada mana-mana organisasi antarabangsa atau misi diplomatik di seluruh dunia,” kata Fowler.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menggesa Israel segera menghentikan perobohan tersebut dan mengembalikan serta membaik pulih kompleks UNRWA lain kepada PBB tanpa berlengah, kata jurucakapnya, Farhan Haq kepada wartawan.

Kementerian Luar Israel bagaimanapun berkata, Israel merupakan tuan punya tanah di mana kompleks UNRWA itu berada. – AFP

Jentolak Israel roboh ibu pejabat agensi PBB

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker