Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? [VIDEO]

Netizen Kongsi Pengalaman![VIDEO]

Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? [VIDEO]

 Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? [VIDEO]

Baru-baru ini tular video yang memaparkan kanak-kanak autisme yang didakwa dikurung di dalam stor salah sebuah taska terkenal di Shah Alam.

Video tersebut yang berdurasi selama 44 saat itu didedahkan oleh penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi hantaran di Instagram yang turut memaparkan keadaan taska yang bersepah selain mempersoalkan bagaimanakah pihak taska terlibat sanggup mengurung kanak-kanak autisme yang sedang menangis ketakutan di dalam bilik stor.

Malah, Caprice dilihat turut ‘mention’ pihak Polis Diraja Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Pengerusi Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di ruangan kapsyen.

“Macam mana seorang budak autisme dikurung dalam bilik stor?.”-tulis Caprice di Instagram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


“Saya Pelik Taska Ni Terlampau Tertutup Sangat…”

Pendedahan Caprice turut dibanjiri dengan komen rakan selebriti dan netizen yang meminta penyanyi rap ini untuk terus mendedahkan kes penderaan yang dilakukan oleh pihak taska yang tidak bertanggungjawab, malah ramai para ibu bapa turut mendedahkan kes penderaan yang berlaku pada anak-anak mereka di taska yang sama.

“Go Cap, bongkarkan lagi kes-kes buka sekola semata-mata untuk untung ni. Lahanat-lahanat ni ingat anak syurga ni binatang ke.”-Fad Bocey

“Ini giler, sumpah giler 😢😭 sedih weyh.”

“Boh lagi Caprice, saya pelik taska ni terlampau tertutup sangat, sampai orang lain tak boleh tengok dalam. Dan ambil terlampau ramai budak-budak. Boleh handle ke tak pun tak tahu.”

“Saya pernah enroll anak saya dekat AKE Seksyen 19, tak bersih dan berhabuk. Yang bersih dekat AKE Ara Damansara je. Kenapa kebanyakan Islamic Preschool/ playschool kotor ya?.”

“Saya pernah visit AKE dekat area rumah, kelas untuk 15 murid sangat la kecik, stor saya lagi besar. Dia ingat budak-budak boleh duduk setempat je ke sampai habis belajar, dekat situ je saya dah crosses AKE.”

 

Caprice Dedah Taska Terkenal Kurung Budak Autisme Dalam Stor? [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker