Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak [VIDEO]

Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak [VIDEO]

Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak [VIDEO]

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan ‘cover’ sebuah lagu.

Menerusi hantaran di Instagram, Aliff  dilihat menyanyikan semula ‘cover lagu’ berjudul Takdir Buatku nyanyian asal penyanyi dan komposer terkenal, Izzal Anuar.

Di sebalik cover lagu yang dinyanyikan itu, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah latar belakang videonya yang turut mengimbas semula momen-momen mesra Aliff bersama anak-anaknya, Ayden dan Ara.

“Andai benar takdir ini yang tertulis buatku. Sejujurnya sukar untuk ku berdamai dengannya. Takdir Buatku.”-kapsyen Aliff di Instagram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam


“Semoga Semuanya Ikhlas, Bukan Konten Semata-Mata…”- Komen Netizen Kepada Aliff Aziz

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka terhadap perkongsian Aliff, malah ibu kepada penyanyi kelahiran Singapura ini iaitu Fiza Aziz juga menitipkan doa dan harapan agar cucu-cucunya itu sentiasa dipelihara Allah SWT.

“Bismillahi tawakkal, semoga Allah pelihara jantung hati kami menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Walau jauh di mata tetapi tetap di dalam doa dan ingatan kami sekeluarga Aaminn.”-Fiza Aziz

“Semoga semuanya ikhlas, bukan konten semata-mata. Jangan di zahir nampak beria, tapi hakikatnya…Allah sebaik-baik CCTV. Apa yang jadi antara sesama hambaNya. Belajar dari kesilapan. Tolong jujur selepas ni. Sudah-sudah menjadikan agama sebagai lapik. Allah tak tidur. Dia Maha Pengampun.”

“Yang komen agak-agak macam para suci sangat, tak pernah buat dosa cermin diri sendiri sebelum nak mengata atau pertikaikan masalah orang lain. Yang sibuk-sibuk nak nasihat, kalau positif itu bagus. Tapi yang negatif acah-acah macam korang duduk sebumbung dengan Aliff baik jangan komen.”

Sekadar info,  Aliff Aziz dan Bella Astillah pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2016 sebelum membuat keputusan untuk bercerai buat kali kedua pada 13 Jun 2024, selepas Aliff ditangkap berkhalwat bersama pelakon, Ruhainies pada Mac 2024.

Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa: UMNO Terbukti Berjaya Memayungi Melayu-Islam Selama Enam Dekad

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker