Wei Chong-Kai Wun ‘ajar’ lawan hanya 23 minit
Wei Chong-Kai Wun ‘ajar’ lawan hanya 23 minit

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bermula langkah kanan dalam misi mempertahankan gelaran Masters Indonesia selepas mara ke pusingan kedua, sebentar tadi.
Pasangan nombor enam dunia itu hanya memerlukan 23 minit untuk menyingkirkan gandingan Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei yang menduduki ranking ke-44 dunia 21-13, 21-6 pada aksi pusingan pertama di Istora Senayan.
Wei Chong-Kai Wun mempamerkan dominasi penuh dalam kedua-dua set permainan, sekali gus tidak memberi ruang kepada lawan untuk bangkit sebelum mengesahkan kemenangan straight set.
Kejayaan itu juga menyaksikan pasangan negara mencatat kemenangan kedua berturut-turut ke atas Ko Chi-Li Wei selepas turut menewaskan gandingan sama pada Terbuka Taiwan 2022.
Sebagai rekod, Wei Chong-Kai Wun mencipta sejarah di Istora Senayan tahun lalu apabila merangkul gelaran Super 500 pertama mereka selepas menewaskan gandingan tuan rumah, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada aksi final.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
Pada pusingan kedua, mereka dijadual berdepan beregu India, Hariharan Amsakarunan-M R Arjun bagi perebutan tiket ke suku akhir, Khamis ini.
Masters Indonesia adalah kejohanan ketiga Wei Chong-Kai Wun musim ini selepas mara ke suku akhir Terbuka Malaysia dan Terbuka India.
Wei Chong-Kai Wun ‘ajar’ lawan hanya 23 minit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.