Tandukan saat akhir Suarez hancurkan PSG
Tandukan saat akhir Suarez hancurkan PSG

Lisbon: Tandukan saat akhir oleh Luis Suarez menghukum Paris Saint-Germain (PSG) dengan kekalahan 1-2 di tangan Sporting Lisbon dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi tadi sekali gus mengancam peluang juara bertahan itu untuk menamatkan saingan kelompok lapan terbaik dan layak secara automatik ke pusingan 16 terbaik.
Penyerang Colombia itu meledak dua gol pada babak kedua buat Sporting, termasuk jaringan kemenangan pada minit ke-90, selepas pemain gantian, Khvicha Kvaratskhelia, menyamakan kedudukan buat PSG.
Susulan kemenangan Real Madrid dan Tottenham, PSG yang mengumpul 13 mata turun ke kedudukan kelima sebelum perlawanan seterusnya dan hanya dibezakan jurang tipis dengan Sporting.
Aksi di laman sendiri menentang Newcastle dalam tempoh lapan hari akan menjadi penentu sama ada kelab dari Paris itu mampu mengelak aksi play-off pada Februari depan.
“Ia adalah perlawanan di tempat lawan terbaik kami musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
“Keputusan ini mengecewakan dan tidak adil. Sangat menyedihkan kerana saya hanya melihat satu pasukan sepanjang perlawanan. Kami jauh lebih baik menentang lawan yang kuat. Ia mengecewakan kerana ia begitu tidak adil,” kata jurulatih PSG, Luis Enrique.
Walaupun menguasai sebahagian besar perlawanan, PSG bergelut untuk mencipta peluang berbahaya dengan gerakan di sekitar kotak penalti yang kelihatan lemah dan mudah dibaca benteng pertahanan Sporting.
Kapten Brazil, Marquinhos, hampir membuka jaringan menerusi dua tandukan awal permainan namun gagal menemui sasaran.
Warren Zaire-Emery sempat meledak gol selepas setengah jam permainan, namun jaringan itu dibatalkan selepas semakan VAR, satu daripada tiga gol PSG yang tidak disahkan dalam perlawanan berkenaan.
Ousmane Dembele pula mensia-siakan peluang keemasan dari jarak dekat tiga minit sebelum rehat.
Di gawang Sporting, Rui Silva tampil cemerlang dengan menafikan percubaan Vitinha, Fabian Ruiz dan Bradley Barcola bagi memastikan kemenangan kekal milik tuan rumah.
Tandukan saat akhir Suarez hancurkan PSG
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.