Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini

Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini

Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kementerian Perladangan dan Komoditi senantiasa komited untuk memastikan industri sawit negara kekal stabil dan berdaya saing sejajar dengan aspirasi pembangunan mampan yang dirangka di bawah Dasar Agrikomoditi Negara 2021/2030.

Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pelan strategik kementerian merangkumi beberapa inisiatif-inisiatif utama untuk meningkatkan hasil sawit.

“Inisiatif-inisatif utama adalah produktiviti peningkatan hasil melalui RnD serta pemindahan teknologi bagi meningkatkan hasil dan daya saing, Kementerian giat melaksanakan ‘Research Development, Communalisation and Innovation’ yang berorientasikan pasaran untuk meningkatkan kualiti bahan tanaman sawit yang berhasil tinggi serta mempergiat penggunaan amalan yang baik.

“Kementerian juga menggalakkan penerimagunaan teknologi automasi, mekanisasi dan AI 4.0 serta mempromosi teknologi baru kepada pengusaha perusahaan mikro kecil dan sederhana serta pesatuan industri.

“Penjanaan hiliran dan kepelbagaian produk untuk mengurangkan kebergantungan pada produk asas dan kementerian memberi tumpuan kepada penghasilan produk sawit yang bernilai tambah serta memperkukuhkan pasaran produk oleokimia dan bioproduk, kualiti dan keselamatan produk diperkukuh bagi mematuhi piawaian antarabangsa,” katanya di Dewan Rakyat di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


Beliau menjawab persoalan dari Ahli Parlimen Tenom, Riduan Rubin yang menyatakan pelan strategik kementerian bagi memastikan industri sawit negara kekal stabil dan berdaya saing memalui pengukuhan mitigasi risiko tenaga kerja, automasi, pematuhan ESG serta pengembangan akses pasaran eksport global secara mampan.

Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia menjelaskan sokongan bagi pekebun kecil agar tidak tercicir sokongan yang diberikan melalui peningkatan program sawit.

Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini

“Bagi memastikan pekebun kecil tidak tercicir sokongan diberi melalui peningkatan penggunaan teknologi, program peningkatan tempatan dan bantuan bersasar. Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dimudah cara bagi mengukuhkan pematuhan ‘environmental sosial and government’ termasuk menyediakan bantuan kos ayuran pensijilan, latihan berkaitan, rak bahan kimia dan PPE.

“Kementerian juga menggalakkan penanam semula bagi meningkatkan produktiviti jangka panjang melalui skim insiatif pembiayaan tanam semula kebun sawit kecil 2.0.

“Mitigasii risiko, tenaga kerja dan automasi, bagi mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh asing kerajaan telah mengadakan peruntukan kepada RnD teknologi, mekanisasi dan automasi diladang serta operasi penubuhan konsortium mekanisasi dan automasi sawit serta pendedahan teknologi,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


Tambah Noraini lagi, fokus diberi pada peningkatan kemampanan melalui memperkasa pensijikan MPSO 2.0 yang dikuatkuasa pada 1 Januari 2025 dan menyokong prinsip ESG dan pemuliharaan alam sekitar, hak pekerja serta tadbir urus rangkaian bekalan termasuk kebolehjejakan.

Seterusnya kata beliau lagi, pengembangan pasaran eksport melalui kementerian dengan menggunakan kepelbagaian pasaran serta memperkukuhkan pasaran yang berpotensi tinggi.

“Kementerian melalui MPOC menggalakkan strategik kepelbagaian pasaran dengan pasaran tradisional di China dan Kesatuan Eropah disamping memperkukuhkan kehadiran pasaran yang berpotensi tinggi seperti South Afrika, Timur Tengah, Afrika Utara dan Asean.

“Penubuhan Palm and Research, Tehcnical Service MPOB di Shanghai turut memperkukuhkan industri perdagangan Malaysia – China melalui pemindahan teknologi inovasi produk dan pembangunan implikasi baru sawit,” ujarnya. – UMNO Online.

Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker