Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Idea untuk mewujudkan Rumah Bangsa mencerminkan komitmen UMNO kembali mencari titik persamaan dalam kalangan parti-parti politik yang berteraskan identiti Melayu dan Islam.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Noor Azleen Ambros berkata, mereka menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan tersebut untuk mengembalikan semula asas muafakat Melayu yang sekian lama terhakis.

“Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyambut baik dan mengalu-alukan keputusan UMNO melalui Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Jan 2026, khususnya berhubung pengenalan idea serta konsep Rumah Bangsa sebagai satu usaha terancang untuk mengembalikan asas muafakat Melayu yang telah sekian lama terhakis.

“Idea dan konsep perpaduan berteraskan keindukan Melayu ini seterusnya akan diperhalusi menerusi penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


“Pemuda Johor berpandangan bahawa idea Rumah Bangsa yang dicadangkan ini mencerminkan komitmen UMNO untuk kembali mencari titik-titik persamaan dalam kalangan parti-parti politik yang berteraskan identiti Melayu dan Islam di Malaysia. Ia juga menzahirkan keikhlasan UMNO untuk menyeru semula penyatuan orang Melayu dan Islam, demi kepentingan agama, bangsa serta negara,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya, keputusan tersebut adalah bertepatan dengan realiti politik semasa yang memperlihatkan kelompangan kepimpinan Melayu berlarutan.

“Keputusan PAU melalui cadangan konsep Rumah Bangsa ini dilihat amat bertepatan dengan realiti dan konteks semasa, khususnya ketika landskap politik Melayu sedang berdepan dengan krisis serta kelompangan kepimpinan (leadership vacuum).

“Kelompangan kepimpinan Melayu yang berlarutan telah menyebabkan kegagalan parti-parti politik Melayu untuk menawarkan kepimpinan yang jelas, wawasan baharu yang segar dan gagasan perpaduan yang mampu mengembalikan semangat muafakat Melayu yang sekian lama didambakan oleh rakyat di seluruh negara.

“Untuk itu, Pemuda Johor menggesa agar UMNO melalui Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang ditubuhkan agar segera memuktamadkan terma-terma rujukan, syarat-syarat dan mekanisme pelaksanaan yang jelas untuk menjayakan konsep Rumah Bangsa ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


“Pemuda Johor turut mencadangkan agar jawatankuasa mengambil kira suara dan pandangan lain-lain pihak berkepentingan termasuklah semua pertubuhan politik berteraskan Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta tokoh-tokoh pemikir dan profesional Melayu untuk menjayakan konsep Rumah Bangsa ini,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, beliau turut berharap agar UMNO dapat mengembalikan peranan sebagai jurucakap utama orang Melayu dengan adanya cadangan konsep Rumah Bangsa ini.

“Adalah diharapkan dengan terdirinya Rumah Bangsa ini kelak, UMNO dapat mengembalikan peranannya sebagai jurucakap utama bagi mewakili suara majoriti orang Melayu.

“Pemuda Johor turut menegaskan supaya Rumah Bangsa ini tidak disempitkan kepada kepentingan politik kepartian semata-mata atau sekadar menjadi alat menghadapi pilihan raya, sebaliknya berperanan sebagai wadah terbaik untuk terus memelihara hak-hak orang Melayu dan kepentingan Bumiputera, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa yang sama, Rumah Bangsa hendaklah bersifat sederhana, inklusif dan dihormati oleh semua kaum di Malaysia, agar tidak menimbulkan rasa gusar atau ketidakselesaan dalam kalangan masyarakat majmuk,” katanya lagi. – UMNO Online

 

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker