Pang Ron-Su Yin balas kekecewaan di India
Pang Ron-Su Yin balas kekecewaan di India

Kuala Lumpur: Beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin memulakan kempen Masters Indonesia dengan langkah kanan apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan pasangan Thailand Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard sebentar tadi.
Dalam perlawanan sengit tiga set, Pang Ron-Su Yin menampilkan kebangkitan meyakinkan untuk mencatat kemenangan 13-21, 21-6, 21-17, sekali gus mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya kejohanan Super 500 itu.
Pasangan negara bermula dengan tumpas di set pertama di Istora Senayan, Jakarta sebelum bangkit di set kedua, seterusnya kembali tenang pada set penentuan untuk menutup aksi dengan kemenangan penting.
Di pusingan kedua, Pang Ron-Su Yin bakal berdepan pemenang pertemuan antara pasangan China yang juga pilihan kelima, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, atau wakil Taiwan, Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh.
Kemaraan Pang Ron-Su Yin setidak-tidaknya mengubat kekecewaan di Terbuka India minggu lalu apabila mereka terkandas di pusingan pertama selepas kalah kepada satu lagi gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-17, 16-21, 20-22.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
Ketika aksi sulung 2026 di Terbuka Malaysia pula perjalanan mereka tersekat di pusingan kedua selepas kalah kepada rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei 13-21, 21-23.
Dalam satu lagi aksi pusingan pertama, cabaran pasangan profesional menerima tamparan apabila Jimmy Wong-Lai Pei Jing tersingkir selepas tewas kepada beregu tuan rumah Dejan Ferdinansyah-Bernadine Anindya Wardana 10-21, 17-21.
Minggu lalu di Terbuka India, Jimmy-Pei Jing yang juga pasangan ke-25 dunia mara sehingga ke pusingan kedua sebelum tumpas di tangan gandingan China, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 21-18, 17-21, 10-21.
Pang Ron-Su Yin balas kekecewaan di India
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.