Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor

KUALA LUMPUR, 20 Jan – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi meluahkan kesyukuran atas keprihatinan serta peranan proaktif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam menyokong agenda pembangunan modal insan dan tenaga kerja berkemahiran di negeri Johor.
Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri berkata, ini kerana KESUMA memainkan peranan penting sebagai pemacu utama latihan, peningkatan kemahiran serta kebolehpasaran tenaga kerja tempatan.
“Syukur alhamdulillah, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada KESUMA atas komitmen dan sokongan menyeluruh kepada Johor melalui peruntukan pembangunan bakat berjumlah RM116.22 juta.
“…termasuk pembiayaan latihan dan kemahiran, bagi memperkukuh kebolehpasaran tenaga kerja serta ekosistem pekerjaan negeri,” katanya.
Onn Hafiz berkata demikian menerusi satu hantaran di Facebook bagi berkongsi pertemuannya bersama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
Menurut beliau pertemuan ini juga selari dengan lonjakan pelaburan di bawah Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) serta penubuhan Johor Talent Development Council (JTDC) sebagai platform penyelarasan keperluan bakat negeri.
Katanya, fokus utama adalah memastikan Johor mempunyai bekalan tenaga kerja yang mencukupi, berkemahiran dan relevan.

Beliau turut berkongsi antara peruntukkan yang dibincangkan adalah seperti berikut:
1. Dana Khas HRD Corp berjumlah RM20 juta khusus bagi menyokong pelaksanaan JTDC;
2. RM13.02 juta levi HRD Corp bagi latihan teknikal;
3. RM18.8 juta Skim Latihan Industri bagi meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja tempatan;
4. RM1.4 juta melalui Talent Corp bagi pelaksanaan Program MyMahir;
5. RM2 juta oleh PERKESO untuk penganjuran pameran kerjaya serta pengukuhan portal MyFutureJobs; dan
6. RM61 juta pembiayaan pinjaman oleh PTPK kepada lebih 2,300 pelajar TVET di Johor, sejajar dengan usaha memperluas akses latihan kemahiran secara inklusif dan bersasar, khususnya dalam bidang berimpak tinggi seperti AI, EV dan semikonduktor yang menyokong ekosistem JS-SEZ.
Sementara itu beliau turut mengharapkan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan ini benar-benar membawa manfaat kepada rakyat Johor.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
“…yang bukan sekadar menarik pelaburan, tetapi membuka lebih banyak peluang pekerjaan yang stabil, berpendapatan tinggi dan memberi jaminan masa depan yang lebih terjamin untuk Bangsa Johor,” ujar beliau. – UMNO Online
Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.