Isteri mengidam naik kereta polis
Isteri mengidam naik kereta polis

JAKARTA – Seorang wanita hamil yang merupakan isteri kepada Putu Gede Budiasa mengidam untuk menaiki kereta polis di Pulau Bali, lapor BaliPortalnews kelmarin.
Bagi merealisasikan hasrat isteri tercinta, Budiasa pergi ke Balai Polis Seririt petang Sabtu lalu.
Setibanya di sana, Budiasa memohon bantuan anggota polis untuk menunaikan keinginan isterinya yang sedang hamil dua setengah bulan, iaitu menaiki kereta polis.
Anggota polis yang sedang bertugas memberikan respons positif kepada permintaan Budiasa bagi memenuhi keinginan isterinya yang mengandungkan anak ketiga mereka.
Polis kemudian mengeluarkan kenderaan rasmi dan membawa pasangan suami isteri itu bersiar-siar, sekali gus memberi peluang kepada mereka merasai pengalaman menaiki kereta polis.
Ketua Seksyen Perhubungan Awam Polis Buleleng, Inspektor Yohana Rosalin Diaz berkata, ia menjadi bukti kehadiran anggota pihak berkuasa bukan sahaja sebagai penguat kuasa undang-undang, tetapi juga sebagai sahabat dan pelayan masyarakat. – AGENSI
Isteri mengidam naik kereta polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.