Heboh Gabenor Aceh kahwin kali ketiga di Malaysia
Heboh Gabenor Aceh kahwin kali ketiga di Malaysia

ACEH – Media sosial khususnya platform TikTok kini rancak melaporkan bahawa Gabenor Aceh, Muzakir Manaf atau dikenali sebagai Mualem berkahwin buat kali ketiga di Malaysia, lapor portal berita Jatimnews hari ini.
Isu tersebut timbul selepas satu rakaman video tersebar semalam, memaparkan seorang lelaki mirip Mualem mengenakan busana adat Melayu berwarna putih.
Dalam petikan video tersebut, pengacara dalam video itu dipercayai menyebut ayat ‘pengantin lelaki’, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa Mualem sedang melangsungkan perkahwinan.
Tidak lama kemudian, kelihatan seorang wanita berpakaian muslimah seperti pengantin memasuki ruangan dan duduk bersebelahan dengan gabenor itu.
Malah, pencarian perkataan Mualem menikah turut menjadi carian ‘trending’ di Google manakala terdapat netizen mendakwa perkahwinan tersebut berlangsung di Malaysia.
Namu, setakat ini, kerajaan Aceh masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi sama ada mengesahkan atau menafikan khabar yang tersebar luas itu.
Sebaliknya, sebahagian netizen berpendapat video tular tersebut bukanlah majlis perkahwinan Mualem, sebaliknya rakaman lama ketika beliau menikahkan puteri sulungnya di Malaysia. – AGENSI
Heboh Gabenor Aceh kahwin kali ketiga di Malaysia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.