Frank kembali bernafas selepas Spurs jinakkan Dortmund
Frank kembali bernafas selepas Spurs jinakkan Dortmund

London: Pengurus Tottenham Hotspur, Thomas Frank, menegaskan Spurs perlu memanfaatkan momentum kemenangan 2-0 ke atas Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) bagi membalikkan prestasi suram mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
Frank dilaporkan berada di ambang pemecatan selepas kekalahan 1-2 di laman sendiri kepada West Ham, Sabtu lalu, yang menyaksikan Spurs merudum ke tangga ke-14 liga.
Namun, kempen Eropah menyaksikan Spurs tampil cemerlang apabila kemenangan keempat berturut-turut di laman sendiri melonjakkan skuad kendalian Frank ke kedudukan keempat, sekali gus semakin hampir dengan slot pusingan 16 terbaik.
Tottenham bakal berdepan Burnley yang masih belum meraih kemenangan liga dalam 13 perlawanan, Sabtu ini, dalam aksi yang berpotensi menjadi perlawanan terakhir Frank sekiranya Spurs gagal mencatat kemenangan
Kami perlu membawa kemenangan dan prestasi ini sebagai momentum. Kami perlu ke Burnley, kami perlu beraksi dengan baik dan kami perlu menang,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
Cristian Romero membuka jaringan sebelum pemain Dortmund, Daniel Svensson, dilayangkan kad merah terus.
Dominic Solanke kemudian menambah gol kedua pada penampilan pertamanya musim ini selepas berdepan masalah kecederaan.
“Terutamanya pada separuh masa pertama, anda dapat rasa malam ini boleh menjadi istimewa. Saya fikir penyokong sangat hebat dan benar-benar menyokong pasukan, jadi saya amat gembira.
“Saya sangat menyukai cara kami memulakan perlawanan: agresif, positif, menyerang dan menjaringkan dua gol berkualiti.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
“Saya berharap kami dapat menguasai bola dengan lebih baik pada separuh masa kedua, namun memandangkan kami tidak menang sebanyak yang diinginkan, khususnya di laman sendiri, adalah penting untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan,” tambah Frank.
Kemenangan ke atas Eintracht Frankfurt dalam aksi terakhir fasa liga minggu depan dijangka mengesahkan kedudukan lapan terbaik Spurs serta tiket automatik ke pusingan 16 terbaik.
Frank kembali bernafas selepas Spurs jinakkan Dortmund
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.