Bodo ajar City

Bodo ajar City

Bodo ajar City
BODO/GLIMT pamer aksi luar biasa untuk malukan City. -FOTO Reuters

Bodo, Norway: Selepas mara luar jangka hingga separuh akhir Liga Europa musim lalu, ramai dalam bola sepak Norway beranggapan itu tahap maksimum mampu dicapai Bodo/Glimt. Namun pasukan dari dalam Lingkaran Artik itu menutup mulut pengkritik apabila mencatat kemenangan sensasi 3-1 ke atas Manchester City dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

Beraksi di laman sendiri di Aspmyra Stadium, jurulatih Bodo, Kjetil Knutsen, menyusun taktikal tepat dan pemainnya melaksanakan pelan dengan cemerlang apabila memerangkap City sehingga dibolosi tiga kali menerusi serangan balas.

“Dari segi pertahanan mereka sangat luar biasa, jurulatih sama sejak enam, tujuh tahun, pemain sama, dan itu memberi konsistensi dalam tugasan. Saya beri penghormatan penuh.

“Saya tahu pandangan orang boleh berbeza, tetapi musim lalu mereka mara ke separuh akhir Liga Europa. Itu bukti mereka pasukan bertaraf tinggi, sangat hebat,” kata jurulatih City, Pep Guardiola, kepada wartawan selepas kekalahan memalukan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’


Jurulatih berusia 55 tahun dari Sepanyol itu menegaskan dia tidak memandang rendah keupayaan wakil Norway, namun memilih menyimpan beberapa pemain berpengalaman di bangku simpanan dengan menurunkan barisan lebih muda.

Keputusan mempertaruhkan garisan pertahanan tinggi juga memakan diri apabila Bodo menghukum City tiga kali melalui serangan balas.

“Mereka menutup ruang di tengah dengan sangat baik, jadi anda perlu bermain ke sisi. Kami pula tiada pemain untuk situasi satu lawan satu atau larian ke belakang pertahanan, sebab itu kami sedikit bergelut.

“Namun secara keseluruhan, sebagai pasukan tradisional seperti kebanyakan pasukan Eropah Utara, mereka sangat bagus. Tahniah kepada mereka. Tiada alasan lain,” jelas Guardiola.

Ketinggalan 0-3, City merapatkan jurang menerusi jaringan Rayan Cherki sebelum kapten, Rodri, dibuang padang selepas menerima dua kad kuning berturut-turut, sekali gus mematikan terus peluang kebangkitan.

“Ia sedikit lembut, kad kuning kedua itu, tetapi itulah keputusannya. Pada saat kedudukan menjadi 3-1, segalanya seakan tidak memihak kepada kami,” katanya.

Bodo ajar City


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker