Bellingham tegaskan kasih sayang kunci kebangkitan Vinicius
Bellingham tegaskan kasih sayang kunci kebangkitan Vinicius

Madrid: Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham, menegaskan penyokong perlu menunjukkan “kasih sayang” kepada Vinicius Junior dan rakan sepasukan jika mahu melihat aksi terbaik mereka, selepas Los Blancos membelasah Monaco 6-1 dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Vinicius bukan sahaja menjaringkan gol, malah memainkan peranan penting dalam tiga jaringan lain pada salah satu persembahan terbaiknya musim ini, hanya beberapa hari selepas dia menjadi sasaran siulan dan ejekan penyokong Madrid ketika aksi La Liga menentang Levante.
Penyokong meluahkan kekecewaan terhadap Vinicius dan Bellingham khususnya, selain keseluruhan pasukan susulan beberapa aksi mengecewakan yang membawa kepada pemecatan jurulatih, Xabi Alonso, serta penyingkiran Madrid daripada saingan Copa del Rey.
“Vinicius benar-benar tajam, sentiasa berbahaya setiap kali menguasai bola dan mencipta banyak peluang.
“Saya rasa dia pemain yang berkembang apabila menerima sokongan dan kasih sayang. Hari ini jelas kelihatan apabila suasana stadium berubah memihak kepadanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
“Permainannya meningkat dengan ketara dan dia menjadi lebih menyeronokkan untuk ditonton serta bermain bersama.
“Saya rasa tekanan daripada siulan itu memberi kesan kepada seseorang pemain. Namun sekarang dia kelihatan lebih bebas daripada tekanan berkenaan dan saya harap dia dapat meneruskannya,” kata Bellingham.
Bellingham mengakui aksi kemenangan 2-0 ke atas Levante pada Sabtu lalu menjadi pengalaman sukar apabila pasukan menerima tekanan hebat daripada penyokong di Santiago Bernabeu di bawah kendalian jurulatih baharu, Alvaro Arbeloa.
“Saya sentiasa berkata penyokong membayar tiket, bekerja sepanjang minggu dan menyimpan wang untuk datang menyokong kami.
“Mereka berhak menyuarakan apa sahaja pandangan. Namun saya rasa ia tidak selalu membantu pasukan atau individu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
“Bercakap berdasarkan pengalaman sendiri, saya tahu ia bukan perkara yang menyenangkan, tetapi sudah tentu mereka berhak dengan pendapat masing-masing,” kata pemain antarabangsa England itu.
Dalam perlawanan menentang Monaco, Bellingham turut meledak gol lewat permainan sebelum meraikan jaringan dengan gaya meneguk minuman secara imaginasi, dipercayai sebagai sindiran terhadap dakwaan dia gemar menikmati kehidupan malam di Sepanyol.
Bellingham tegaskan kasih sayang kunci kebangkitan Vinicius
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Agenda Reformasi Institusi Bukti Komitmen Kerajaan Ke Arah Lebih Telus – Hasni
- Strategi Menyeluruh Pastikan Industri Sawit Negara Stabil, Mampan – Noraini
- Onn Hafiz Hargai Peranan KESUMA, Perkasa Pembangunan Bakat Johor
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam
You must be logged in to post a comment.