Anak lelaki puteri mahkota didakwa nodai 4 wanita berdepan tuduhan baharu

Anak lelaki puteri mahkota didakwa nodai 4 wanita berdepan tuduhan baharu

Anak lelaki puteri mahkota didakwa nodai 4 wanita berdepan tuduhan baharu
GAMBAR fail 23 Jun 2016 menunjukkan Hoiby bersama ibunya, Puteri Mahkota Mette-Marit. – AFP

OSLO – Seorang anak lelaki Puteri Mahkota Norway yang akan dibicarakan pada Februari ini atas tuduhan merogol empat wanita, telah didakwa dengan jenayah baharu, termasuk ‘kesalahan narkotik serius,’ kata pendakwa raya semalam seperti laporan saluran berita CBS.

Marius Borg Hoiby yang merupakan anak Puteri Mahkota Mette-Marit daripada hubungan terdahulu sebelum beliau berkahwin dengan Putera Mahkota Haakon, didakwa pada 18 Ogos 2025 melibatkan empat kes rogol dan 28 jenayah lain.

Pendakwa Raya Sturla Henriksbo berkata, pertuduhan tambahan telah dikeluarkan semalam terhadap Hoiby, 29, meliputi enam lagi dakwaan.

Salah satu daripadanya ialah ‘kesalahan narkotik serius’ berhubung satu insiden pada 2020 yang melibatkan 3.5 kilogram ganja.

“Hoiby telah mengaku bersalah atas jenayah itu,” kata Henriksbo.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’


Peguam Hoiby, Ellen Holager Andenaes memberitahu agensi berita Norway NTB bahawa anak guamnya telah ‘mengangkut marijuana dari A ke B tanpa memperoleh upah sekalipun satu’.

Dua daripada pertuduhan itu turut melibatkan pelanggaran perintah sekatan, manakala tiga lagi adalah pelanggaran peraturan lalu lintas kerana menunggang motosikal pada kelajuan tinggi, kata Henriksbo.

“Pertuduhan tambahan itu kini akan dihantar ke mahkamah daerah Oslo untuk dipertimbangkan semasa perbicaraan utama, yang bermula pada 3 Februari ini,” katanya.

Hoiby ditangkap pada 4 Ogos 2024, disyaki telah menyerang teman wanitanya ketika itu.

Hoiby menafikan pertuduhan paling serius terhadapnya, tetapi merancang untuk mengaku bersalah atas beberapa pertuduhan lebih ringan, kata peguamnya, Petar Sekulic kepada agensi berita Reuters tahun lalu. – AGENSI

Anak lelaki puteri mahkota didakwa nodai 4 wanita berdepan tuduhan baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker