100 kenderaan termasuk 30 treler berlanggar

100 kenderaan termasuk 30 treler berlanggar

100 kenderaan termasuk 30 treler berlanggar
LEBIH 100 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika salji tebal. – Foto Chicago Midwest & Midwest Storm Chasers/Fox Weather

WASHINGTON – Lebih 100 kenderaan termasuk lori treler berlanggar dan terbabas di sebuah lebuh raya di negeri Michigan ketika salji tebal melanda semalam, lapor portal berita New York Post.

Polis menutup kedua-dua arah Lebuh Raya Rentas Negeri 196 di barat daya Grand Rapids sejurus selepas waktu puncak bagi membolehkan pihak berkuasa mengalihkan kenderaan yang terkandas dalam nahas tersebut.

Kemalangan itu berpunca daripada salji tebal yang mengakibatkan jarak penglihatan terhad , ditambah dengan tiupan angin sejuk pada kelajuan antara 40 kilometer hingga 64 kilometer sejam.

Menurut polis, sebanyak 30 lori treler terlibat dalam nahas di lokasi kejadian dan ramai yang cedera, namun tiada kematian direkodkan.

Pengguna lebuh raya yang terkandas dibawa menaiki bas ke Sekolah Tinggi Hudsonville yang digunakan sebagai pusat perlindungan sementara.

Kejadian berlaku ketika cuti umum bagi memperingati tokoh hak asasi manusia, Martin Luther King Jr. – AGENSI

100 kenderaan termasuk 30 treler berlanggar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rumah Bangsa Cermin Komitmen UMNO Cari Titik Persamaan Parti-Parti Melayu/Islam

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker