Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat

Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat

Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat

KUALA LUMPUR, 19 Jan – Wakil Melaka Datuk Mustafa Musa menyeru parti membuka seluas-luasnya pintu kepada bekas ahli atau sesiapa sahaja yang mahu masuk ke Rumah Bangsa yang diperkenalkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun begitu ujar Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka itu, ia mestilah disertakan dengan syarat yang tertentu bagi menjaga keharmonian rumah tersebut.

“Bukalah pintu seluas-luasnya… walaupun kita buka, tetapi dalam satu keadaan mesti ada kata laluan, ada syarat, betul? Buatnya masuk dua hari dia langgar ketua cawangan.

“Syarat itu untuk menentukan bahawa nasi tidak menjadi bubur, pisang tidak berbuah dua kali… terutamanya pada wajah-wajah tertentu kena tapis sebab kita takut nanti membawa padah. Kepada siapa nak kembali ayuh kembali. Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan,” katanya dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, Sabtu petang.

Dalam ucapannya, Mustafa juga memberi peringatan kepada pucuk pimpinan parti yang menjawat jawatan di pelbagai peringkat baik di Kabinet mahupun di syarikat berkaitan kerajaan agar turut membawa nama parti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan


“Di samping menerajui kementerian, tolong beri masa untuk tanggungjawab kepartian. Jangan seronok mengurus kementerian, menjelajah di setiap desa membawa nama kementerian tetapi pandangan rakyat, ahli UMNO, jeritan rakyat, untung nasib ahli UMNO tidak diambil kira.

“Kalau mahu terus menjadi menteri, kalau mahu terus kita relevan, jeritan tangisan dan air mata rakyat usah disampingkan. Sebab itu saya berasa syukur. Syukur kerana kita dapat menteri seramai lapan orang di posisi yang baik. Kita dapat timbalan menteri di posisi yang baik.

“Kita berharap 50% daripada usaha dan tenaga mereka juga selepas ini diperuntukkan untuk tanggungjawab kepartian,” gesanya.

Selain itu, Mustafa juga mengulas mengenai parti UMNO yang telah melalui empat fasa sejak zaman penubuhannya hinggalah kini.

Katanya, bermula zaman menentang penjajahan, zaman kemerdekaan, zaman kegemilangan dan zaman kejatuhan sewajarnya ia menjadi satu teladan yang sebaiknya bagi parti menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) kelak. – UMNO ONLINE

Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker