Usah khuatir Gunners, satu mata lawan Forest tetap bernilai
Usah khuatir Gunners, satu mata lawan Forest tetap bernilai

Mungkin ramai peminat Arsenal di seluruh dunia kecewa pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mensia-siakan peluang menjarakkan kedudukan dengan pencabar terdekat, Manchester City apabila terikat 0-0 di laman kelab keempat tercorot, Nottingham Forest, awal pagi kelmarin.
Ini berikutan beberapa jam sebelum itu City kalah mengejut 0-2 di tangan seteru setempat, Manchester United manakala juara bertahan, Liverpool yang menghuni tangga keempat seri 1-1 bertemu kelab kedua tercorot, Burnley di laman sendiri.
Awal pagi semalam pula, pasukan di tangga ketiga, Aston Villa gagal memintas City selepas kalah 0-1 kepada Everton di Villa Park.
Ini bermakna, satu mata di gelanggang lawan selepas 22 perlawanan tetap bernilai buat Arsenal ketika tiga pencabar terdekat turut keciciran mata, sekali gus menjadikan kelab London itu tujuh mata di depan City dan Villa.
Berdasarkan kesebelasan utama The Gunners dalam perlawanan itu, amat jelas pengendalinya, Mikel Arteta turut memikirkan aksi sukar Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu jaguh Itali, Inter Milan di tempat lawan awal pagi esok, apabila merehatkan dua sayap utamanya, Bukayo Saka dan Leandro Trossard.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
Lagi pun, kualiti dua pengganti mereka, Noni Madueke dan Gabriel Martinelli tidak jauh berbeza dengan masing-masing memiliki keistimewaan tersendiri.
Apa yang ingin dilakukan Arteta dan barisan kejurulatihannya adalah untuk mengimbangi peluang memburu empat trofi iaitu EPL, UCL, Piala Liga dan Piala FA musim ini.
Seperti di EPL, Arsenal turut menghuni tangga teratas UCL daripada 36 kelab terbaik Eropah dan satu-satunya pasukan dengan rekod enam kemenangan bersih.
Selain itu, Martin Odegaard dan rakan-rakan juga mara ke separuh akhir Piala Liga dan pusingan keempat Piala FA.
Seperti yang selalu ditekankan Arteta, percaya kepada proses kerana hakikatnya Arsenal masih di landasan tepat untuk menjuarai EPL buat kali pertama sejak musim 2003/2004 dan UCL julung kali dalam sejarah, manakala trofi Piala Liga dan Piala FA pula dianggap bonus.
Usah khuatir Gunners, satu mata lawan Forest tetap bernilai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.