‘Terkejut melihat 3 kereta rosak, sengkuap rumah runtuh’

‘Terkejut melihat 3 kereta rosak, sengkuap rumah runtuh’

Sebuah kereta dipercayai terbabas dan merempuh dua kenderaan lain dan sengkuap sebuah rumah di Jalan Permas 1, Taman Permas Jaya, semalam. – Foto tular

JOHOR BAHRU: “Saya terkejut melihat tiga kereta, termasuk dua milik jiran, mengalami kerosakan, selain sengkuap rumah sewa kami runtuh,” kata Mohamad Alif Najzmee Mohamed Ramdzan Shah, 25.

Penduduk di Jalan Permas 1, Taman Permas Jaya di sini itu berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang semalam apabila sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum merempuh dua kenderaan jiran dan sengkuap rumah sewanya.

Mohamad Alif Najzmee berkata, insiden berlaku kira-kira setengah jam selepas beliau sekeluarga keluar untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan anaknya.

“Mujur ketika itu, saya tergerak hati untuk keluar rumah sekitar jam 3.30 petang walaupun pada awalnya, kami merancang pergi pada waktu malam.

“Susulan itu, kami bergegas pulang ke rumah sebelum mendapati ramai orang berkumpul di hadapan rumah.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO

“Saya tidak dapat membayangkan jika kejadian berlaku ketika kami berada di rumah kerana anak-anak biasanya bermain di halaman rumah,” katanya.

Beliau berkata, insiden itu mencetuskan kebimbangan penghuni di deretan rumah terbabit akan keselamatan mereka.

“Jalan di hadapan rumah kami adalah antara laluan utama dan sibuk di kawasan perumahan ini, justeru aspek keselamatan perlu ditingkatkan,” katanya.

Mohamad Alif Najzmee berkata, beliau tidak pasti punca kejadian itu, namun ia mengakibatkan pemilik rumah sewanya dan jiran terpaksa menanggung kerugian.

Sehubungan itu, beliau berharap individu bertanggungjawab atas kejadian itu diambil tindakan sewajarnya.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAU 2025: Menyatu Tekad, Menyala Harapan

“Saya membuat laporan polis di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, selain difahamkan jiran turut membuat laporan polis,” katanya.

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker