Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Wakil Negeri Sembilan Muhammad Sufian Maradzi berkata solidariti dan ukhuwah sesama ahli dalam keluarga besar parti merupakan resepi pengukuhan UMNO.
Menurutnya, memasuki usianya ke-80 pada tahun ini, UMNO masih teguh walau pernah dilanda pelbagai suka dan duka dan segala pengalaman yang dilalui telah mematangkan UMNO dalam mencorakkan politik negara.
“Muafakat kita sebagai sebuah keluarga besar ini sebenarnya dicemburi oleh musuh, parti lawan kita. Sebab itu kita boleh lihat macam-macam cara yang dibuat oleh musuh kita untuk memecah-belahkan benteng kekeluargaan yang kita pertahankan selama ini.
“Apa jua yang berlaku, semua ahli UMNO ada tanggungjawab yang sama untuk mempertahankan keluarga besar kita. Lagi besar jawatan lagi kuat sebenarnya kita kena pertahankan keluarga kita,” kata Sufian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti.
Sufian berkata demikian dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini Sabtu petang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Seterusnya ujar Sufian, pemantapan hubungan dalam kalangan keluarga besar UMNO ini bukan hanya perlu di peringkat akar umbi, tetapi juga perlu dituruti oleh kepimpinan di semua peringkat.
“Kita saling memerlukan, yang bawah perlukan di atas, yang di atas perlukan di bawah. Hubungan bahagian dengan cawangan kena baik, hubungan perhubungan negeri dengan bahagian kena baik, hubungan pusat dengan perhubungan negeri kena baik barulah mudah kita nak kemudi parti,” katanya.
Dalam ucapannya juga, Sufian menyentuh mengenai peranan UMNO Negeri Sembilan dalam kestabilan politik negeri dan juga negara.
“UMNO Negeri Sembilan memainkan peranan yang penting kepada kestabilan politik di negeri dan negara. Namun, adakah boleh UMNO Negeri Sembilan selesa dengan situasi begini? Sudah semestinya tidak.
“Masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dan boleh digunakan untuk kita sama-sama memperkukuhkan UMNO di Negeri Sembilan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendekatan Inklusif Rumah Bangsa Wajar Disokong, Perkukuh Penyatuan
- Politik Bukan Hanya Soal Menang… Jaga Amanah Jadi Keutamaan
- Akta Dana Politik Perlu Wujud Untuk Ketelusan, Integriti – Rosni
PAU 2025: Jelaskan Amanah Rakyat Secara Telus, Usah Berdiam Diri Berdepan Fitnah
Begitu juga Sufian memperingati rakan kerjasama baik di peringkat negeri mahupun di pusat agar jangan melintasi garisan yang telah dipersetujui.
“Saya ambil kesempatan untuk memberi peringatan kepada rakan-rakan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. Dengan kekuatan akar umbi dan bilangan kerusi yang UMNO ada, jangan sesekali berfikir untuk membelakangkan kepimpinan UMNO sama ada di peringkat negeri dan negara.
“Di Negeri Sembilan, di peringkat Parlimen lima kerusi kita bertanding dan Alhamdulillah lima kerusi kita berjaya pertahankan dan rampas kembali. Di Dewan Undangan Negeri (DUN) 17 kerusi kita bertanding, Allah takdirkan 14 kerusi kita menang.
“Dan juga di pihak kerjasama, mereka tidak boleh menubuhkan kerajaan negeri dan kita ikut amanat kepimpinan parti, maka kita bersama dalam Kerajaan Negeri Sembilan dan kena pastikan sesiapa yang mengetuainya jangan sesekali jangan membelakangkan UMNO. Jangan sesekali melintasi garisan yang telah disepakati dan jangan sesekali menganggap UMNO akan setuju sahaja dengan segala tindakan yang akan diambil,” tegasnya. – UMNO ONLINE
Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO
You must be logged in to post a comment.