Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah

ALOR SETAR, 19 Jan – UMNO Kedah menegaskan bahawa Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan kepimpinan Pas Kedah sebenarnya tidak perlu terlalu gelisah atau defensif terhadap sebarang sasaran politik yang diletakkan oleh UMNO Kedah.
Ketua Penerangan UMNO Negeri UMNO Negeri Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata reaksi berlebihan yang ditunjukkan hanya mengesahkan satu perkara, wujud kegusaran sebenar terhadap kebangkitan semula UMNO Kedah.
“UMNO Kedah tidak bermain politik murahan, poitik emosi atau politik tunggangan sentimen. Politik sandiwara mungkin masih laku dalam kalangan penyokong tegar, tetapi realitinya rakyat Kedah hari ini semakin bijak menilai antara retorik dan prestasi.
“Angka boleh dimanipulasi, sentimen boleh ditiup, tetapi kegagalan mentadbir tidak boleh disorok selama-lamanya. Walaupun UMNO Kedah sedar cabaran yang ada bukan kecil, parti ini yakin dengan agenda pembaharuan, hala tuju baharu serta kepimpinan Presiden yang membawa pendekatan lebih realistik, berprinsip dan berasaskan kerja serta bukan laungan kosong,” kata Ketua UMNO Bahagian Merbok itu dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penangguhan Pemilihan UMNO Bagi Tumpu PRU16 – Asyraf Wajdi
- Cadangan “Grand Collaboration” Terima Sokongan Perwakilan PAU – Azalina
- PAU 2025: UMNO Bakal Wujudkan Kolaborasi Agung Libatkan Parti Melayu-Islam
Tambah Shaiful Hazizy, daripada terus ‘overthinking’ dan cuba membaca setiap gerak kerja UMNO Kedah, adalah lebih baik Sanusi menumpukan perhatian kepada masalah sebenar dalam rumah tangga politiknya sendiri.
“Hubungan Pas-Bersatu yang kononnya kukuh kini semakin jelas menunjukkan tanda-tanda keretakan dan keletihan, dan rakyat sedang memerhati dengan mata terbuka. Lebih memalukan, kegagalan kepimpinan negeri untuk mempertahankan prestasi barisan Exco sendiri cuba ditutup dengan serangan politik terhadap UMNO.
“Hakikatnya, rekod pencapaian kerajaan negeri Kedah hari ini semakin dipersoalkan dari tadbir urus, pembangunan, hinggalah kebajikan rakyat. Ini bukan persepsi, tetapi realiti yang dirasai di lapangan,” katanya.
Seterusnya kata Shaiful Hazizy, UMNO Kedah tidak perlu menjerit untuk didengari.
“Kami bekerja. Kami menyusun. Kami kembali dengan tawaran politik yang lebih matang, stabil dan berdaya saing. Politik menakut-nakutkan rakyat dan bermain sentimen sempit sudah sampai ke penghujungnya,” katanya. – UMNO ONLINE
Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.