Mbappe pertahan Vinicius daripada kecaman penyokong

Mbappe pertahan Vinicius daripada kecaman penyokong

Mbappe pertahan Vinicius daripada kecaman penyokong
VINICIUS (kiri) menjadi sasaran kemarahan penyokong Real Madrid. FOTO REUTERS

Madrid: Kylian Mbappe menggesa penyokong Real Madrid agar tidak menyalahkan Vinicius Jr secara individu atas kemelut yang melanda kelab itu, sebaliknya menegaskan prestasi hambar pasukan adalah tanggungjawab bersama.

Penyerang Perancis itu menyeru kepada semangat berpasukan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara di laman sendiri menentang Monaco, Rabu ini, selepas ketegangan di Santiago Bernabeu memuncak ketika kemenangan 2-0 ke atas Levante pada aksi LaLiga, Sabtu lalu.

“Saya faham perasaan penyokong kerana kami tidak melakukan perkara dengan betul,” kata Mbappe pada sidang media, hari ini.

“Apa yang saya tidak suka ialah jika mahu mencemuh, cemuhlah seluruh pasukan. Jangan menyasarkan seorang pemain sahaja. Ini bukan salah Vini atas cara kami bermain ketika ini.

“Itu sahaja yang ingin saya katakan: jangan salahkan seorang pemain. Ini kesalahan kolektif, dan kami mempunyai karakter untuk mengubahnya di atas padang,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahasiswa Perlu Jadi Suara Anak Muda Kepada UMNO


Walaupun kemenangan di LaLiga itu menyaksikan Real yang berada di tangga kedua merapatkan jurang kepada satu mata dengan pendahulu, Barcelona, yang tewas kepada Real Sociedad, rasa tidak puas hati penyokong tetap tercetus di Bernabeu, dengan kemarahan diluahkan terhadap beberapa pemain termasuk Vinicius.

Pemain sayap Brazil itu diejek sepanjang perlawanan dan menjadi sasaran utama ketika pengumuman kesebelasan utama, dengan sorakan cemuhan bergema kuat di seluruh stadium.

Ketegangan itu adalah susulan tempoh bergolak buat juara Eropah 14 kali itu.

Kekalahan kepada Barcelona dalam final Piala Super Sepanyol bulan ini, ditambah penyingkiran tersingkir dalam Copa del Rey kepada pasukan divisyen dua, Albacete 2-3, membuatkan penyokong semakin kecewa.

Mbappe pertahan Vinicius daripada kecaman penyokong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker