Man City umum sambar Guehi
Man City umum sambar Guehi

London: Pertahanan England, Marc Guehi sah menyertai Manchester City dari Crystal Palace dengan kontrak selama lima setengah tahun, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.
City mempercepatkan usaha mendapatkan Guehi dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai £20 juta (RM108.8 juta) selepas menghadapi krisis kecederaan serius di posisi pertahanan tengah.
“Saya sangat gembira dan amat bangga menjadi pemain Manchester City,” kata pemain pertahanan tengah itu dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh City.
“Perpindahan ini terasa seperti kemuncak segala usaha keras yang telah saya lakukan sepanjang kerjaya.
“Saya kini berada di kelab terbaik di England dan sebahagian daripada skuad pemain yang luar biasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Johor Sambut Baik Usul Kolaborasi Parti Melayu Islam
- PAU 2025: Kegusaran Dan Persoalan Orang Melayu Terjawab – Razlan
- Penyatuan Politik Melayu-Islam Demi Masa Hadapan Negara – Tengku Adnan
“Saya mahu berkembang sebagai pemain dan sebagai individu, dan saya tahu di kelab ini ia akan menjadi kenyataan,” katanya lagi.
Pengarah bola sepak City, Hugo Viana, berkata Guehi telah menjadi “salah seorang pertahanan terbaik dalam bola sepak England untuk tempoh yang agak lama.”
“Saya rasa kami telah menandatangani bakat besar yang akan membantu kami memperbaiki pasukan,
“Dia baru 25 tahun, tetapi dia sudah menunjukkan bahawa dia seorang pemimpin, profesional cemerlang dan seseorang yang sangat mahu memperbaiki diri,” katanya.
Man City umum sambar Guehi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Solidariti Resepi Pengukuhan Keluarga Besar UMNO, Dicemburui Pihak Lawan – Sufian
- Pas Tidak Perlu Panik Terhadap Strategi UMNO Kedah
- Wakil Melaka Seru Rumah Bangsa Dibuka Pintu Seluas-luasnya, Tetapi Mesti Bersyarat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Orang Kelantan Usahlah Berdalih Lagi, Jangan Ego’
You must be logged in to post a comment.